HOME | DPMM | PEKELILING DPMM | SEJARAH DPMM | GALERI DPMM | BAIT MUSLIM | FORUM DPMM | PMRAM | HEWI PMRAM
Demi Masa
Antologi 10 yg Ku Gelar Cinta
Waktu Solat

Pesanan


Bil Pengunjung

Tempat-tempat menarik di Mansurah
2008/05/29
1. Makam Imam asy-Sya'rawi

Terletak di Kampung Daqadus di daerah Mit Ghamr, 30 km dari bandar Mansurah. Makam ini terletak bersebelahan bangunan Yayasan Sya'rawi yang ditubuhkan atas usaha al-Imam bagi membantu masyarakat Daqadus dari sudut pendidikan dan perubatan. Bersebelahan makam ini juga terdapat kawasan perkuburan umat Islam Daqadus.

Biodata al-Imam

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi. Dilahirkan pada pertengahan April di kampung Daqadus, daerah Mit Ghamr dalam wilayah Daqahliah. Beliau dibesarkan dalam keluarga sederhana di tengah-tengah perkampungan yang dikelilingi kawasan pertanian. Beliau telah menghafaz al-Quran sewaktu umur 10 tahun melalui gurunya Syeikh Abd Majid. Sewaktu hidupnya, al-Imam pernah menyebut,

"Sewaktu masih dalam ingatan apa yang kualami sewaktu kecilku, kami telah mempelajari menulis dan membaca, kami juga menghafaz al-Quran. Sesungguhnya al-Quran adalah jalan kami mempelajari membaca, menulis dan bertutur dengan baik."

Bapa al-Imam sangat menyintai ilmu dan terlalu rapat dengan ulama serta sentiasa menghadiri majlis-maljlis ilmu. Oleh sebab itulah beliau telah mengahntar anaknya belajar di al-Azhar.

Pendidikan al-Imam

Pada tahun 1926, beliau telah memasuki pengajian peringkat Ibtida'i di Maahad al-Azhar Zaqazig. Kemudian beliau memasuki maahad thanawi. Semasa di maahad thanawi, beliau amat menonjol dalam bidang syair, sastera dan pidato dan beliau dilantik menjadi presiden persatuan pelajar pada tahun 1934 dan presiden Sasterawan Zaqazig. al-Imam bergiat cergas dalam gerakan tanahair dan gerakan al-Azhar. Beliau telah memasuki kuliah Lughah Arabiah di Universiti al-Azhar pada tahun 1937 sehinggalah tahun 1940. Semasa di universiti, beliau telah melibatkan diri dalam tunjuk perasaan menentang Inggeris. Pada tahun 1943, beliau telah berjaya memperolehi ijazah pendidikan.

2. Dar Ibn Lukman

Merupakan sebuah penajra yang terletak bersebelahan Masjid al-Mawafi di tengah-tengah bandar Mansurah (ibu negeri ad-Daqahliah). Kemasyhurannya bermula selepas King Louis ke-9 dipenjarakan di sini. Beliau adalah raja Perancis yang mengepalai Gerakan Salibiyyah ke atas Mesir (1939-1250) King Louis telah ditempatkan di Dar Ibn Lukman ini selama sebulan selepas dibayar pampasan oleh isterinya.

3. Masjid al-Mawafi

Masjid al-Mawafi adalah sebuah masjid yang termasyhur di bandar Mansurah yang diasaskan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 543H. Nama masjid ini dinisbahkan kepada slaah seorang syeikh yang berusaha menjadikan masjid ini sebagai pusat pengajian agama.

4. Makam Muhammad bin Abu Bakar RA

Terletak di sebuah perkampungan di pesisiran Sungai Nil yang bernama Mit Damsis. Penempatan ini terletak dalam kawasan Aga. Kedudukannya dari ibu negeri ad-Daqahliah lebih kurang 25 km. Makam ini baru sahaja ditemui pada tahun 1950, terletak di bahagian bawah Masjid Muhammad bin Abu Bakar.

Merupakan sahabat dan anak kepada sahabat yang paling akrab kepada Rasulullah SAW. Kehadirannya ke sini bersama rombongan tentera Islam yang dipelopori oleh Amru bin al-As dalam gerakan membebaskan Mesir dari cengkaman Rom. Beliau merupakan gabenor Mesir di zaman Khalifah Ali RA yang dibunuh oleh Muawiyah.

5. Makam Abdullah bin Salam

Terletak di Kampung Kafi al-Amr di daerah Sinbelawin 20 km dari bandar Mansurah. Makam ini terletak bersebelahan dengan masjid Abdullah bin Salam.

Beliau adalah seorang sahabat yang tersenarai daripada 10 orang yang dijamin masuk syurga. Beliau adalah bekas pendeta Yahudi dari Madinah berketurunan Nabi Zakaria AS dan Nabi Ishak AS.

6. Makam Qa'qa' bin Amru at-Tamiimi RA

Terletak di sebuah bandar lama Manzalah, 18 km dari bandar Mansurah dan 2km dari jeti Matoriah. Bersebelahan makam ini terdapat Masjid Qa'qa'. Amru at-Tamiimi merupakan seorang periwayat hadis dan ahli badar serta pernah mendapat pujian Rasulullah SAW dan Abu Bakar as-Siddiq.

7. Makam asy-Syeikh Hasan Tubar

Merupakan putera daripada bangsawan di Manzalah. Mempunyai kuasa dan kemuliaan dalam masyarakat. Keluarga beliau memonopoli bidang ekonomi di kawasan tersebut dan mempunyai kapal-kapal besar bagi pengangkapan ikan sesuai dengan bentuk muka bumi Manzalah di pantai Laut Mediterannean.

Beliau juga pernah terlibat dalam perang Mesir menentang Perancis dan dilantik sebagai pimpinan bagi mengetuai batalion tersebut pada 1978. Selain itu, beliau juga terlibat dalam peperangan di Jamaliah dan Dumyat menentang tentera Salibiyyah. Meninggal dunia pada tahun 1800 dan disemadikan di Manzalah.

Label:

posted by Admin @ 12:06:00 PTG  
0 Nak Komen? jgn malu2..:
Catat Komen
<< Home
 
AKAR


AKAR
Akademi ini merupakan salah sebuah unit khas di bawah Unit Penerangan & Penerbitan (UPP),
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Ditubuhkan untuk memberi pendedahan
dalam bidang penulisan kreatif dan non-kreatif,
lukisan karikatur, kewartawanan dan aplikasi multimedia
sebagai wadah dakwah Islamiah.
Keahlian terbuka kepada semua ahli DPMM yang berminat.
Sertai kami hari ini !


Previous Post
Archives
Free Palestin
Links










Download
© 2005 Akademi Karyawan Mansurah Template by Isnaini Dot Com