HOME | DPMM | PEKELILING DPMM | SEJARAH DPMM | GALERI DPMM | BAIT MUSLIM | FORUM DPMM | PMRAM | HEWI PMRAM
Demi Masa
Antologi 10 yg Ku Gelar Cinta
Waktu Solat

Pesanan


Bil Pengunjung

Gaya Bahasa Sinekdoki
2008/04/27
Dari KLIK DBP...
Pedoman Sastera: Sinekdoki

(dipetik dari entri di Yahoogroups GKLN)

Sinekdoki ialah gaya bahasa yang hampir sama dengan gaya bahasa metonimi yang telah dibincangkan dalam Pedoman yang lalu. Jika metonimi ialah gaya bahasa yang menggantikan sesuatu benda yang erat hubungannya dengan perkara yang ingin dimaksudkan, maka sinekdoki pula hanya menyebut sebahagian daripada keseluruhan fizikal yang ingin digambarkan atau menyebut keseluruhan fizikal tetapi yang ingin digambarkan hanya sebahagian.

Untuk membezakan dua pengertian tersebut, sinekdoki dibahagikan kepada dua, iaitu pars pro toto bermaksud "menyebut sebahagian untuk menggambarkan keseluruhan" dan "keseluruhan untuk menggambarkan sebahagian" yang dikenali sebagai totem pro parte.Sebenarnya penggunaan pars pro toto, sangat lazim digunakan dalam budaya kita untuk merujuk seseorang yang sangat kita kenali.

Contohnya, kita mungkin pernah menggunakan dialog seperti yang berikut, "batang hidung pun tak nampak lagi". Ungkapan "batang hidung" yang digunakan dalam dialog tadi merupakan unsur sinekdoki yang menyebut sebahagian sedangkan yang dinanti bukan batang hidung tetapi tuan punya batang hidung tersebut.Untuk melihat contoh penggunaan pars pro toto dalam sesebuah puisi, Pedoman memilih puisi penyair T. Alias Taib yang berjudul Penjual Lara yang dipetik daripada kumpulan puisi beliau Pasar Pengalaman.

Tiga petang sudah si rambut kusut itu
terumbang-ambing di lautan manusia
hampir lemas dipukul
gelombang angin musim gugur,
di bawah langit kelam-kelabu
di depan esok tidak menentu.

Dalam petikan daripada rangkap kedua puisi tersebut, penyair hanya merujuk "rambut kusut itu", sedangkan yang ingin digambarkan ialah keseluruhan tokoh yang dikisahkan oleh penyair. Namun, dengan memilih bahagian rambut yang dikatakan kusut, penyair dapat memberikan imej kepada kedaifan tokoh yang menjadi perhatian penyair ini. Kebiasanya bahagian yang dipilih bagi mewakili keseluruhan puisi hendaklah bahagian yang berhubung langsung dengan perkara yang hendak diperkatakan.

Bagaimana pula dengan sinekdoki jenis totem pro parte? Untuk memahami penggunaannya diturunkan sebuah lagi puisi daripada penyair T. Alias Taib yang berjudul Amman dalam kumpulan puisi Pasar Perasaan.

Kau masih nyenyak
sewaktu kuketuk pintu
rumahmu
yang terjaga ialah subuh
mengantuk
mengangkat pelupuk matanya
menyentuh tanganku dalam gelap...

Untuk memahami gaya bahasa totem pro parte, kita hanya perlu menterbalikkan maksud pars pro toto. Dalam contoh puisi di atas, penyair mengisahkan tentang sebuah bandar yang bernama Amman, Jordan. Penyair menggambarkan perasa-annya sewaktu memasuki bandar tersebut dengan permulaan yang berbunyi "kau masih nyenyak/ sewaktu kuketuk pintu rumahmu". Daripada ungkapan itu kita tahu bahawa kau yang dimaksudkan itu ialah bandar Amman yang sewaktu penyair sampai sudah hampir waktu subuh.Di sini, penggunaan totem pro parte ialah apabila dinyatakan "kau (Amman) masih nyenyak".

Pernyataan tersebut memang nampak berlebihan kerana tidak mungkin semua penghuni Amman waktu itu sedang tidur, tetapi menariknya gaya bahasa sinekdoki ini adalah dengan menyebut keseluruhan, kita lihat ia seperti sesuatu yang amat besar, tetapi penyair hanya ingin menyampaikan sebahagian sahaja daripada keseluruhan maksud yang ingin disampaikan.

Begitulah antara penggunaan gaya bahasa sinekdoki dalam penulisan puisi. Penggunaan unsur gaya bahasa ini dengan tepat akan dapat memberikan kesan yang kuat sama ada dari sudut perasaan atau pemikiran kepada pembaca tentang persoalan yang ingin dikongsi bersama.

Label:

posted by Admin @ 3:55:00 PTG  
0 Nak Komen? jgn malu2..:
Catat Komen
<< Home
 
AKAR


AKAR
Akademi ini merupakan salah sebuah unit khas di bawah Unit Penerangan & Penerbitan (UPP),
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Ditubuhkan untuk memberi pendedahan
dalam bidang penulisan kreatif dan non-kreatif,
lukisan karikatur, kewartawanan dan aplikasi multimedia
sebagai wadah dakwah Islamiah.
Keahlian terbuka kepada semua ahli DPMM yang berminat.
Sertai kami hari ini !


Previous Post
Archives
Free Palestin
Links










Download
© 2005 Akademi Karyawan Mansurah Template by Isnaini Dot Com