HOME | DPMM | PEKELILING DPMM | SEJARAH DPMM | GALERI DPMM | BAIT MUSLIM | FORUM DPMM | PMRAM | HEWI PMRAM
Demi Masa
Antologi 10 yg Ku Gelar Cinta
Waktu Solat

Pesanan


Bil Pengunjung

Pengembaraan Yang Tiada Noktahnya….
2009/07/10
Pengembaraan Yang Tiada Noktahnya….
Oleh Tuan Siti Nazifah Tuan Long

Desiran angin semilir yang melambai-lambai menyapa pipiku dirasakan begitu nyaman sekali. Ahh petang yang indah ini mesti dilayan sebaik mungkin, terus khayalan ku di bawa bersama angin yang sepoi-sepoi bahasa menerjah kembali saat pertama kakiku yang akan melangkah ke bumi Anbiya’ ini.

Terlalu asyik berangan sehingga lupa nak storykan sape diri aku yang sebenarnya. Emm nama aku Nurin Natasya, asal dari Selangor, umur pulak masih setahun jagung, ala dalam lingkungan 20an la. Aku merupakan anak yang ke-2 daripada 4 beradik. Papa ku bekerja sebagai pegawai di sebuah bank, mama pula sebagai lecturer di sebuah kolej di ibukota. Hidup keluarga aku bukan lah mewah sangat tapi boleh la setakat nak hidup di Bandar itu. Masih boleh bertahan lagi sampai sekarang, terima kasih Tuhan atas nikmat pinjaman nyawa ni.

Aku sejak berumur 15 sudah dihantar ke sekolah agama, hanya aku seorang sahaja anak dalam keluarga itu yang di masukkan ke sekolah agama. Adik beradik aku yang lain semuanya berlatar belakangkan akademik so, papa dan mama pun hantarlah ke sekolah Menengah, mestilah sosial giler, tapi itulah cabaran aku bila berada dikalangan adik beradik aku, mesti aku yang selalu kena perlekehkan, seolah-olah aku ni terlalu terkebelakang sangat. So tak hairanlah hidup aku lebih banyak bersendirian dari bergaul dengan orang. Kadnag-kadang aku tension bila fikir kehidupan aku ni. Terasa boring sangat bila selalu duk seorang-seorang.

Keputusan yang aku buat selepas tamat sekolah menengah Agama terus je nak sambung ke Mesir, so after habis je sekolah aku terus bagitahu papa dan mama tentang keputusanku. Keputusanku muktamad. Mulanya diorang tak benarkan aku keluar ke Mesir, tapi aku tetap berkeras dengan beribu alasan ku utarakan pada papa dan mama, akhirnya mereka pun faham. Aku akan terus buktikan yang aku ni walaupun pelajar jurusan agama masih boleh pergi jauh setanding dengan mereka yang jurusan akademik macam abang dan adik-adikku. Aku selalu terasa dicabar bila abang mula membicarakan hal pekerjaan bila kami sekeluarga berkumpul. Selalu sangat soalan ini diajukan kapada aku, “ha Angah lepas ni nak kerja apa, takkan lah nak jadi cikgu je, cubalah cari kerja yang open sikit dah lah angah tu sedia suka bersendirian, ish tak bosan ke?”. Belum sempat je aku nak menjawab last-last mama pun mula bersuara, so aku pun hanya boleh tersenyum kelat, nak terima pun susah nak balas lagi la susah. Nak dapatkan sokongan papa pun, kesian pulak papa selalu kena back up aku. Begitulah hidup aku dalam kelompok keluarga yang semuanya nakkan yang terbest tanpa langsung nak memahami perasaan aku ni.

Masa mula nak berangkat di KLIA dulu, aku cekalkan diri agar tidak menitiskan air mata bila saat perpisahan dengan keluarga telah hampir. Ku lihat papa, mama dan adik-adik seolah tak dapat nak relakan pemergianku ke Mesir tapi lain pulak dengan abang yang terus menyindir ku. Masih berbekas ucapan abang di benak fikiranku, terngian-ngiang di cuping telingaku. “Ingat angah, dah pergi jauh jangan nak main je, along nak tengok angah balik dengan segulung ijazah bukan bawa balik suami pulak.” Aku yang ketika itu memang dah nak nangis, terus je tak jadi bila dengar kata-kata along. Tersirap darah ke muka menahan marah. Tapi aku pujukkan hati agar terus tersenyum. Tak kuasa kau nak layan kerenah along yang seorang ni. Kata-kata sindiran itulah yang memberikan aku semangat dan terus membangkitkan aku dari terus terlena di buai mimpi yang panjang. “terima kasih along kerana telah meyedarkan angah, monolog ku sendirian.”

Tapi perasaan yang ku alami bila mula sampai kaherah, terasa mahu terbang kembali ke Malasyia dek kerana terkejut melihat serta merasai perubahan sebenar keadaan yang terlalu menyesak jiwa. Masakan aku tidak terkejut bila memerhatikan keadaan Kota Cairo yang terlalu padat dengan makhluk Tuhan, disibukkan pula dengan kesesakan lalu lintas yang tidak bersistematik, tiada undang-undag seperti di Negara tercinta, memang meruntun kesabaran yang tinggi. Walhal aku sedar diriku bukanlah setanding seutuh sahabat-sahabat Rasulullah ketika dimedan perang, tidak juga sekuat Rabiatul Adawiyah dalam mengabdikan diri meraih cinta Khalik yang kekal abadi. Demi teringatkan cabaran along terus je ku pujukkan diri agar terus tabah dan cekal berhadapan dengan tribulasi hidup di bumi yang pelik ni. Itulah adat orang yang merantau. Susah, payah, suka, dan duka terpaksa dihadamkan juga.

Hari-hari yang kulalui begitu lambat kurasakan, setiap hari ku hitungkan dengan jari memang begitu lama nak habiskan kehidupan di Bumi Anbiya’ ni. Kekadang hati seperti diruntun untuk pulang ke Negara tercinta tapi apakan daya bila teringat kata-kata along, aku terus padamkan sahaja niat yang terbuku. Rindu yang ku rasakan ini terlalu menyesak dada, tidak terdaya menahannya bila mataku menatap photo album keluarga tercinta. Bila berada jauh di mata memang ini lah yang terpaksa ku alami, pendam rasa rindu yang teramat sangat pada mereka. Bila melayan perasaan ini kadang-kadang aku tidak sedar mutiara jernih turut gugur, bila dah terasa hangat di pipi baru ku tahu, yang kesedihan berkunjung tiba.

Iltizam yang ku sematkan didalam sanubari ketika mula-mula nak melangkahkan kaki ke Ardul Kinanah ni hanyalah untuk menuntut ilmu. Tetapi bila sudah berada disini terasa diri begitu kerdil sekali, nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain. Ilmu yang ada cuma setakat titisan di hujung jarum, tapi berkat dari harapan dan doa keluarga dan masyarakat yang terlalu menggunung tinggi, setinggi gunung Kinabalu itulah yang masih menguatkan aku seterusnya memastikan aku masih berdiri teguh, tidak berkeseorangan malah bertemankan semangat, dan dorongan sahabat-sahabat seperjuangan.

Bila ku terfikir kembali barulah kuakui bahawa Graduan lepasan Azhar memang di pandang tinggi oleh masyarakat Malasyia, ini kerana mujahadah dalam diri setiap pelajar terlalu utuh dan kuat tersemat di hati dalam mengejar kejayaan demi kejayaan, seterusnya dapat merealisasikan harapan keluarga serta masyarakat. Golongan Azhari ini seringkali berdepan dengan pelbagai mehnah, tribulasi malah dugaan yang sering menguji kesabaran hamba yang bergelar insan, malah sering kali kalah bermain dengan kata-kata hati, serta bisikan nafsu yang tidak pernah jemu menguji mereka sebagai pelajar, maka rentetan daripada itulah mujahadah diri saat penting dalam diri pelajar yang bakal bergelar Azhari.

Saban hari, ku lalui masa dan waktu sebagai pelajar seperti biasa. Ku cekalkan hati bila terus berdepan dengan kerenah budak-budak arab yang bermacam-macam feel. Kadangkala ada yang mencuit hati melihat mereka tapi ada juga yang membuatkan ku panas hati bila mereka terus bersikap agak lasak dengan wafidat macam aku ni. Yelah kalau budak lelaki tidak lah dihairankan sangat dengan sikap tersebut, tapi ini budak perempuan takkan lah selasak kaum lelaki. Bila dah lama-lama ku perhatikan kerenah mereka barulah ku faham sedikit demi sedikit tentang cara hidup kaum arab disini. Aku sendiri dah masak dengan mereka dan kadang-kadang aku tergelak sendiri bila aku terpaksa menjadi lasak seperti mereka (tapi tidaklah setanding dengan kaum lelaki). Maksudku disini ialah lasak dalam berebut atau berasak-asak ketika menaik tremco dan sebagainya.

Banyak benda yang aku belajar bila dah merantau dan menjadi pengembara ilmu, di bumi orang ini. Menjalani hidup sebagai pengembara ilmu ini bukanlah seperti kerdipan mata yang nampak mudah dan senang untuk dilakukan tapi jalan ini penuh dengan liku-liku yang berduri kadang-kadang dihiasi dengan suka duka dalam mencari seterusnya mengejar mutiara-mutiara ilmu yang berharga. Cukup banyak yang perlu ku korbankan sebagai pengembara ilmu ini, ku korbankan masa tidur, walaupun itulah yang sedap dikecapi oleh setiap insan, masa santai dan masa yang banyak diisi dengan perkara yang kurang faedah semata-mata untuk menelaah kitab-kitab arab yang berjilid tebal yang sukar difahami.

Panggilan dari mama tempoh hari melenyapkan seketika rasa rindu padanya, terngiang-ngiang pesanan mama menyuruh pulang segera selepas tamat belajar. Barulah ku sedari sudah tiga tahunku di Negara Arab ini. Disebabkan terlalu asyik mengadap kitab yang meruntun kesabaran ini, kadang kala tidak ku sedar sudah tiga tahun masa yang telah ku lalui, dan sekarang masih berbaki lagi setahun pengajian ku disini. Terasa singkat pula masa tersebut, dan mula terasa sayang hendak ku tinggalkan Ardul Kinanah ini. Disinilah tempat yang mengajar ku tentang kehidupan, tentang erti kesabaran, ku mula fahami erti kegigihan dan disini juga ku mula melangkau kealam kedewasaan bila saban hari berdepan dengan sikap manusia yang pelbagai. Indahnya percaturan alam yang diciptakan Tuhan pada ku ini.


Sepanjang menelusuri tempoh yang berbaki setahun lagi ini, ku gunakan sehabis baik agar pengembaraan ilmu yang ku lintasi ini dapat ku teladani dan ku raih sebanyak-banyaknya mutiara yang berharga di Bumi Arab ini. Terasa ceteknya ilmu yang ku perolehi kerana ketandusan yang ku rasai lebih banyak berbanding ilmu yang ku kutip di Al-Azhar ini. Debaran di dada kian rancak bila terfikirkan apa yang akan ku lakukan selepas ini sekembalinya aku ke bumi tercinta dengan berbekalkan ilmu yang sedikit seolah-olah dari titisan hujung jarum ni.

Aku terus merangka aktiviti yang akan ku laksanakan selepas ini. Tapi yang pasti hidup aku sebagai pengembara ilmu tidak akan berakhir dan tiada berkesudahannya walaupun umur ku akan bertambah seterusnya menjadikan ku sebagai pengemabara yang semakin tua menelusuri zaman yang semakin mencabar dengan liku-liku yang berduri. Akan ku pastikan juga matlamat dan hadaf utamaku sebagai pelajar jurusan agama ini kan terus tercapai dengan membuktikan aku mampu bersaing dan duduk sebaris dengan mereka yang berkelulusan akademik seperti alongku. “Takbir!!!, laungku didalam hati.” Terasa hangat darah yang mengalir seolah membuak-buak seiringan dengan semangat yang berkobar-kobar yang terus mengalir dalam diriku.

“Assalammualaikum….” Laungan salam diluar mematikan kyahalan ku seterusnya memadamkan terus apa yang telah ku lamunkan sebenatar tadi. Aku bingkas bangun membuka pintu. Wajah-wajah sahabat seperjuangan ku sudah kelihatan di muka pintu, sekejap lagi perbincangan bagi madah Mirath akan bermula. Aku terus bersiap sedia untuk mempelajari dan meneruskan pengembaraanku dalam meniti ilmu dunia dan akhirat ini. Ku terus bermohon agar pengembaraan ku ini kan terus mendapat rahmat, pertolongan dan dipermudahkan olehNYA. Amin ya rabb.

Created by: Aisyah

Label:

posted by Admin @ 8:36:00 PTG  
0 Nak Komen? jgn malu2..:
Catat Ulasan
<< Home
 
AKAR


AKAR
Akademi ini merupakan salah sebuah unit khas di bawah Unit Penerangan & Penerbitan (UPP),
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Ditubuhkan untuk memberi pendedahan
dalam bidang penulisan kreatif dan non-kreatif,
lukisan karikatur, kewartawanan dan aplikasi multimedia
sebagai wadah dakwah Islamiah.
Keahlian terbuka kepada semua ahli DPMM yang berminat.
Sertai kami hari ini !


Previous Post
Archives
Free Palestin
Links










Download
© 2005 Akademi Karyawan Mansurah Template by Isnaini Dot Com