HOME | DPMM | PEKELILING DPMM | SEJARAH DPMM | GALERI DPMM | BAIT MUSLIM | FORUM DPMM | PMRAM | HEWI PMRAM
Demi Masa
Antologi 10 yg Ku Gelar Cinta
Waktu Solat

Pesanan


Bil Pengunjung

Memilih Teman Hidup.
2009/07/10
Memilih Teman Hidup.
Oleh NORISNAINI ISMAIL


Firman Allah SWT:
Maksudnya: “ wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri (Adam) yang satu, dan yang telah menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-Hawa’), dan yang membiakkan dari keduanya- zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, dan peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.”
(terjemahan Surah an-Nisa’ (4) : 1)


Fitrah kejadian manusia sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau dewasa, mempunyai sifat kasih sayang dan rasa cinta mencintai antara satu sama lain kerana setiap insan dianugerahkan oleh Allah naluri untuk mengasihi dan dikasihi. Setiap makhluk ciptaan Allah swt dijadikan berpasang-pasangan yang mana di antara keduanya saling melengkapi dan menyempurnakan peranan masing-masing.

Telah menjadi ketetatapan Allah SWT dijadikanNya mahluk manusia mempunyai keinginan untuk berpasangan yang mana pada kebiasaan sifat mulia ini adakalanya sukar untuk dielakkan dari jalinan perhubungan di antara teruna dan dara. Perasaan ini sukar atau tidak mungkin dapat digambarkan dengan kata-kata sahaja, tetapi yang pastinya akan direalisasikan. Setiap kata-kata yang menggambarkan kasih sayang itu akan berakhir dengan pertemuan antara dua individu tersebut.

Pertemuan yang ditakdirkan itu seharusnya bersendirian sunnah Rasulullah SAW dengan jalinan pernikahan yang sah. Tiada jalan lain yang boleh membantu invidu dalam menjalin ikatan yang halal lagi diredhai selain mengikut landasan al quran dan sunnah Rasulullah saw. Adapun individu yang telah bersedia dan ingin menyempurnakan hasratnya mengikut sunnah, maka seeloknya patuhilah panduan Rasulullah di dalam memilih calon pasangan yang akan menjadi teman hidupnya sepanjang hayat.

Dalam mencari pasangan hidup untuk membina rumahtangga, seseorang individu mestilah memilih calon yang sesuai dengan jiwanya serta dapat menjamin kebahaagiaan yang berpanjangan. Islam tidak mengamalkan unsur paksa-memaksa dalam urusan memilih jodoh. Bakal suami atau isteri berhak untuk memilih bakal pasangannya selagi tidak membelakangi panduan yang telah ditunjukkan dalam Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Orang mukmin yang paling sempurna dalam beriman ialah yang paling baik budi pekertinya. Dan sebaik-baiknya kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (hadis riwayat Tarmizi)

Allah menjadikan kaum lelaki sebagai pemimpin bagi kaum wanita disebabkan Allah telah mengurniakan beberapa kelebihan kepada mereka. Bakal isteri haruslah bijak dalam memilih bakal suami yang akan menjadi pemimpinnya dalam menerajui kehidupan kelak. Dia hendaklah menyelidiki latar belakang calon suaminya. Pun begitu, penyelidikan itu bolehlah diwakilkan kepada bapanya atau saudara lelakinya (abang/adik lelaki). Hal yang demikian adalah cara yang lebih baik untuk menghindari fitnah.
Dalam memilih wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri, banyak aspek yang perlu diperhatikan. Agar bahtera rumahtangga yang bakal ditempuhi itu tidak menemui kekesalan dan kekecewaan yang pada kebiasaan datangnya kemudian dalam usia perkahwinan. Oleh itu, selidikilah latar belakang kehidupan bakal isteri tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

"janganlah kamu mengahwini perempuan itu kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan mmbawa kerosakan bagi mereka sendiri, dan janganlah kamu mengahwini mereka kerana mengharapkan harta mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong, tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama dan sesungguhnya hamba sahaya yang hitam lebih baik jika ia beragama." (hadis riwayat al- Baihaqi)

Allah juga telah menunjukkan kriteria terbaik dalam pemilihan calon isteri. Firman Allah yang bermaksud: "perempuan-perempuan yang baik itu ialah perempuan yang taat kepada Allah dan memelihara dirinya dan mememihara hak suaminya ketika ketiadaan suaminya." (terjemahan surah an-Nisa' (4) : 34). Keindahan paras bukan ukurannya, tetapi kecantikan akhlak dan budi pekerti, ketaatan dalam agama serta kebijaksanaannya dalam memelihara maruah diri itulah yang sangat penting.

Rasulullah SAW berpesan dalam sabdanya yang membawa erti, dinikahi wanita itu oleh sebab empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama nescaya engkau akan selamat. Sesungguhnya keimanan itu akan memberi ketenteraman hidup kepada seorang suami yang lebih mengutamakan nilai agama dari nilai lahiriah.

Seandainya ketiga-tiga syarat (harta, keturunan (yang baik) dan kecantikan) tiada kedapatan, bahkan hanya ada pada agamanya, maka pilihlah yang beragama. Walau bagaimanapun jika ada ketiga-tiga perkara tersebut juga tetap dibolehkan dengan syarat segala-galanya adalah bernaung dengan kekuatan beragama. Dengan nilaian iman, barulah semua syarat yang telah disebutkan itu bernilai dan dipandang mulia.



DOA JODOH

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia kan menjadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah...ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah....
Seandainya telah Engkau takdirkan...
dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
Bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya

ya Allah ya Tuhanku...
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini

ya Allah....
cukuplah engkau saja yang menjadi
pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan
Kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina
Kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
posted by Admin @ 8:44:00 PTG  
0 Nak Komen? jgn malu2..:
Catat Ulasan
<< Home
 
AKAR


AKAR
Akademi ini merupakan salah sebuah unit khas di bawah Unit Penerangan & Penerbitan (UPP),
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Ditubuhkan untuk memberi pendedahan
dalam bidang penulisan kreatif dan non-kreatif,
lukisan karikatur, kewartawanan dan aplikasi multimedia
sebagai wadah dakwah Islamiah.
Keahlian terbuka kepada semua ahli DPMM yang berminat.
Sertai kami hari ini !


Previous Post
Archives
Free Palestin
Links










Download
© 2005 Akademi Karyawan Mansurah Template by Isnaini Dot Com