HOME | DPMM | PEKELILING DPMM | SEJARAH DPMM | GALERI DPMM | BAIT MUSLIM | FORUM DPMM | PMRAM | HEWI PMRAM
Demi Masa
Antologi 10 yg Ku Gelar Cinta
Waktu Solat

Pesanan


Bil Pengunjung

Kembalinya seorang pejuang bangsa
2008/09/10
Minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita kembalinya Tan Sri Abdul Samad Ismail ke rahmatullah. Dalam usia 84 tahun, pemergian Allahyarham yang bukan sahaja seorang tokoh dalam dunia kewartawanan, malah seorang pejuang bangsa dan sastera merupakan satu kehilangan besar kepada Negara.

Beberapa hari sebelum itu, media perdana Malaysia menyiarkan tentang perkembangan kesihatan Tokoh Kewartawanan Negara itu yang dilaporkan semakin merosot setelah dirawat di Pusat Perubatan Pantai sejak 24 Ogos lalu akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi sehingga membawa kepada jangkitan paru-paru, selain terpaksa bernafas dengan bantuan alat pernafasan.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1 April 1924 di Singapura memulakan kerjaya kewartawanan di Utusan Melayu (Singapura) pada tahun 1941 dan kemudiannya dilantik menjadi Penolong Pengarang Berita Malai semasa pemerintahan Jepun. Allahyarham yang dianggap sebagai “anak Utusan Melayu” ini diasuh oleh tokoh wartawan Melayu yang tidak asing llagi iaitu Abdul Rahim Kajai pernah menulis tentang kedaifan fizikal pejabat Utusan Melayu di Cecil Street Singapura. Namun di sebalik kedaifan itu di dalamnya menyala semangat perjuangan nasionalisme di kalangan anak-anak muda Melayu yang menjadi wartawan di situ.

Bagi para wartawan, pemergian Allahyarham meninggalkanlegasi yang bukan kecil supaya memperjuangkan kepentingan rakyat dan Negara. Allahyarham Pak Samad yang merupakan pengasas People Action Party (PAP) bersama bekas Presiden Singapura, Lee Kuan Yew pernah melalui zaman getir selaku seorang ahli politik apabila dihumban sebagai tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1976. Ini merupakan kali ketiga beliau ditahan, dua kali semasa Negara belum merdeka. Ironinya Negara yang beliau perjuangkan supaya bebas daripada penjajah memberikan ganjaran yang lebih kurang sama semasa zaman penjajah. Ketika ditahan, beliau adalah Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times dan dituduh berkomplot menggulingkan kerajaan.
Semua ini sedikit terbongkar apabila Lee Kuan Yew dalam memoirnya berjudul From Third World to First World menceritakan penglibatannya (Lee) dalam konspirasi dengan kerajaan Malaysia bagi menahan Pak Samad iaitu bekas rakannya di dalam PAP itu. Malah Lee juga menerusi buku itu pernah mendakwa bahawa Pak Samad pernah menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM) tahun 1950. Semua ini dilakukan si kafir tersebut tidak lain akibat dendam lamanya setelah Pak Samad meninggalkan PAP lantaran ideologi yang dibawa Lee bertentangan dengan prinsip beliau.

Untuk itu, harga yang perlu dibayar oleh Allahyarham ialah tidak dapat melihat kemerdekaan tanah air yang beliau cintai pada 31 Ogos 1957 walaupun turut mengikut rombongan delegasi kemerdekaan ke London pada 1956 setelah dipaksa menjadi wakil Utusan Melayu di Jakarta. Allahyarham diberitahu oleh Ketua Pengarang dan Pengarah Urusan Utusan Melayu ketika itu, Yusof Ishak bahawa kerajaan Perikatan yang akan berkuasa di Malaya kelak tidak senang dengan tindak tanduk beliau. “Waktu merdeka saya tak ada di sini, saya dihalau ke Indonesia. Yusof Ishak kata, kononnya kuncu-kuncu Tunku Abdul Rahman tidak mahu saya datang ke Kuala Lumpur. Saya banyak kritik fasal Tunku fasal kemerdekaan. Saya kata tak lengkap sebab orang putih banyak mengawal dan tentera British masih banyak di sini,” demikian luahan Allahyarham ketika diwawancara oleh majalah MASSA setelah menerima Anugerah Tokoh Wartawan Negara pada tahun 2000.

Prinsip perjuangan Allahyarham Pak Samad yang tidak pernah berubah iaitu sentiasa menyedarkan bangsa Melayu yang sedikit leka selepas menggenggam kemerdekaan. Dalam akhbar The Singapore Stnadard 1953 misalnya, beliau pernah menyebut, “Kita tidak boleh lagi mengkaji mutiara tanpa merujuk kepada tiram yang menghasilkan mutiara. Pada masa yang sama kita tidak boleh membincangkan tentang bahasa Melayu tanpa memikirkan masa depan orang Melayu. Bahasa Melayu adalah produk kehidupan orang Melayu. Sejarah bahasa melayu adalah sejarah orang Melayu. Masa depan bahasa Melayu akan menjadi masa depan orang-orang Melayu juga.”

Dalam sebuah lagi rencana tulisan Allahyarham bertajuk The Future of the Malay Language, Allahyarham menghujah tentang peri pentingnya bahasa melayu kepada orang Melayu untuk menongkah zaman akan dating. Apa yang dibahaskan oleh Allahyarham itu sebenarnya ditulis sebelum merdeka tetapi ketajaman intelektualiti seorang wartawan memperlihatkan bahawa Allahyarham dapat menjangkakan bahawa suatu ketika nanti bahasa melayu akan terpisah dengan orang Melayu pada masa depan. Nyatanya, situasi itu telahpun terjadi dewasa ini.

Pemergian Allahyarham adalah suatu kehilangan yang sukar dicari ganti. Kita sebenarnya amat berhutang budi kepadanya yang telahbanyak menabur jasa kepada bangsa dan Negara. Selamat kembali kepada Penciptamu, Pak Samad! Semoga segala bakti yang telah kaucurahkan kepada kami akan dinilai sebagai pahala di sisi Ilahi. Al-Fatihah…

Label:

posted by Admin @ 4:58:00 PG   0 comments
Istilah sastera dan seni
Assalamualaikum dan salam mangsi sastera

Pada kali ini, kami akan mengetengahkan dua belas sitilah terjemahan dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, akan tetapi hanya dalam bidang sastera dan seni. Mari kita lihat bersama-sama :

*Singkatan : BI (Bahasa Inggeris) dan BM (Bahasa Melayu)
BI BM
1. Accismus : Aksismus (sastera)
2. Acting movement : gerak lakon (sastera)
3. Coronach : raung jenazah (sastera)
4. Fictional character : watak cereka (sastera)
5. Fictional hero: wira cereka (sastera)
6. Counterplot : anak plot (sastera)
7. Mimicry : ajukan (puisi)
8. Plaint : sajak duka (puisi)
9. Hackneyed : lusuh/klise (puisi)
10. Pseudonym : nama samara (puisi)
11. Quatrain : sajak catur baris (puisi)
12. Vehicle : wahana (puisi
posted by Admin @ 4:56:00 PG   0 comments
AKAR


AKAR
Akademi ini merupakan salah sebuah unit khas di bawah Unit Penerangan & Penerbitan (UPP),
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Ditubuhkan untuk memberi pendedahan
dalam bidang penulisan kreatif dan non-kreatif,
lukisan karikatur, kewartawanan dan aplikasi multimedia
sebagai wadah dakwah Islamiah.
Keahlian terbuka kepada semua ahli DPMM yang berminat.
Sertai kami hari ini !


Previous Post
Archives
Free Palestin
Links










Download
© 2005 Akademi Karyawan Mansurah Template by Isnaini Dot Com