HOME | DPMM | PEKELILING DPMM | SEJARAH DPMM | GALERI DPMM | BAIT MUSLIM | FORUM DPMM | PMRAM | HEWI PMRAM
Demi Masa
Antologi 10 yg Ku Gelar Cinta
Waktu Solat

Pesanan


Bil Pengunjung

Tempat-tempat menarik di Mansurah
2008/05/29
1. Makam Imam asy-Sya'rawi

Terletak di Kampung Daqadus di daerah Mit Ghamr, 30 km dari bandar Mansurah. Makam ini terletak bersebelahan bangunan Yayasan Sya'rawi yang ditubuhkan atas usaha al-Imam bagi membantu masyarakat Daqadus dari sudut pendidikan dan perubatan. Bersebelahan makam ini juga terdapat kawasan perkuburan umat Islam Daqadus.

Biodata al-Imam

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi. Dilahirkan pada pertengahan April di kampung Daqadus, daerah Mit Ghamr dalam wilayah Daqahliah. Beliau dibesarkan dalam keluarga sederhana di tengah-tengah perkampungan yang dikelilingi kawasan pertanian. Beliau telah menghafaz al-Quran sewaktu umur 10 tahun melalui gurunya Syeikh Abd Majid. Sewaktu hidupnya, al-Imam pernah menyebut,

"Sewaktu masih dalam ingatan apa yang kualami sewaktu kecilku, kami telah mempelajari menulis dan membaca, kami juga menghafaz al-Quran. Sesungguhnya al-Quran adalah jalan kami mempelajari membaca, menulis dan bertutur dengan baik."

Bapa al-Imam sangat menyintai ilmu dan terlalu rapat dengan ulama serta sentiasa menghadiri majlis-maljlis ilmu. Oleh sebab itulah beliau telah mengahntar anaknya belajar di al-Azhar.

Pendidikan al-Imam

Pada tahun 1926, beliau telah memasuki pengajian peringkat Ibtida'i di Maahad al-Azhar Zaqazig. Kemudian beliau memasuki maahad thanawi. Semasa di maahad thanawi, beliau amat menonjol dalam bidang syair, sastera dan pidato dan beliau dilantik menjadi presiden persatuan pelajar pada tahun 1934 dan presiden Sasterawan Zaqazig. al-Imam bergiat cergas dalam gerakan tanahair dan gerakan al-Azhar. Beliau telah memasuki kuliah Lughah Arabiah di Universiti al-Azhar pada tahun 1937 sehinggalah tahun 1940. Semasa di universiti, beliau telah melibatkan diri dalam tunjuk perasaan menentang Inggeris. Pada tahun 1943, beliau telah berjaya memperolehi ijazah pendidikan.

2. Dar Ibn Lukman

Merupakan sebuah penajra yang terletak bersebelahan Masjid al-Mawafi di tengah-tengah bandar Mansurah (ibu negeri ad-Daqahliah). Kemasyhurannya bermula selepas King Louis ke-9 dipenjarakan di sini. Beliau adalah raja Perancis yang mengepalai Gerakan Salibiyyah ke atas Mesir (1939-1250) King Louis telah ditempatkan di Dar Ibn Lukman ini selama sebulan selepas dibayar pampasan oleh isterinya.

3. Masjid al-Mawafi

Masjid al-Mawafi adalah sebuah masjid yang termasyhur di bandar Mansurah yang diasaskan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 543H. Nama masjid ini dinisbahkan kepada slaah seorang syeikh yang berusaha menjadikan masjid ini sebagai pusat pengajian agama.

4. Makam Muhammad bin Abu Bakar RA

Terletak di sebuah perkampungan di pesisiran Sungai Nil yang bernama Mit Damsis. Penempatan ini terletak dalam kawasan Aga. Kedudukannya dari ibu negeri ad-Daqahliah lebih kurang 25 km. Makam ini baru sahaja ditemui pada tahun 1950, terletak di bahagian bawah Masjid Muhammad bin Abu Bakar.

Merupakan sahabat dan anak kepada sahabat yang paling akrab kepada Rasulullah SAW. Kehadirannya ke sini bersama rombongan tentera Islam yang dipelopori oleh Amru bin al-As dalam gerakan membebaskan Mesir dari cengkaman Rom. Beliau merupakan gabenor Mesir di zaman Khalifah Ali RA yang dibunuh oleh Muawiyah.

5. Makam Abdullah bin Salam

Terletak di Kampung Kafi al-Amr di daerah Sinbelawin 20 km dari bandar Mansurah. Makam ini terletak bersebelahan dengan masjid Abdullah bin Salam.

Beliau adalah seorang sahabat yang tersenarai daripada 10 orang yang dijamin masuk syurga. Beliau adalah bekas pendeta Yahudi dari Madinah berketurunan Nabi Zakaria AS dan Nabi Ishak AS.

6. Makam Qa'qa' bin Amru at-Tamiimi RA

Terletak di sebuah bandar lama Manzalah, 18 km dari bandar Mansurah dan 2km dari jeti Matoriah. Bersebelahan makam ini terdapat Masjid Qa'qa'. Amru at-Tamiimi merupakan seorang periwayat hadis dan ahli badar serta pernah mendapat pujian Rasulullah SAW dan Abu Bakar as-Siddiq.

7. Makam asy-Syeikh Hasan Tubar

Merupakan putera daripada bangsawan di Manzalah. Mempunyai kuasa dan kemuliaan dalam masyarakat. Keluarga beliau memonopoli bidang ekonomi di kawasan tersebut dan mempunyai kapal-kapal besar bagi pengangkapan ikan sesuai dengan bentuk muka bumi Manzalah di pantai Laut Mediterannean.

Beliau juga pernah terlibat dalam perang Mesir menentang Perancis dan dilantik sebagai pimpinan bagi mengetuai batalion tersebut pada 1978. Selain itu, beliau juga terlibat dalam peperangan di Jamaliah dan Dumyat menentang tentera Salibiyyah. Meninggal dunia pada tahun 1800 dan disemadikan di Manzalah.

Label:

posted by Admin @ 12:06:00 PTG   0 comments
Lagu tema
Untukmu Mansurah
Terpesona dengan kedamaianmu
Setenang Nil mengalir bertasbih syahdu
Jejak syuhada semalam menitip wasiat bisu
Berjuang berkorban demi agamamu
Semusim usia berlalu di dakapanmu
Bersama dibelai suka dan duka
Terlukis di kanvas citra
Ukhuwwah mawaddah berbunga
Tuhan syukurku rafa'kan
Melontarku di bumi bertuah ini
Kudus tarbiah-Mu Allah
Menyedarkan menginsafkan
Takkan kusiakan nikmat ini
Untukmu Mansurah
Kasihku tertumpah
Untukmu Mansurah
Bakti kan kucurah
Untukmu Mansurah
Kurangkai jasamu
Azimat perjuangan tersemat tertaakul di sanubariku
Terima kasih oh Mansurah
Kukirim sekalung doa dan rinduku
Inginku terus bermukim di persadamu
Malang ranah airku menggamit sayu
Untukmu Mansurah
Dulu, kini selamanya...
Lagu, lirik dan nyanyian oleh: Usrah Soutul Mujahidah
(kumpulan nasyid akhawat Mansurah)

Label:

posted by Admin @ 12:01:00 PTG   0 comments
Sambungan entri lalu (pantun)
2008/05/21
Selain pantun biasa yang mempunyai 4 baris dan pantun yang mempunyai 6, 8, 10 atau 12 baris, terdapat juga ungkapan-ungkapan berima yang selalu dikenali sebagai pantun 2 baris. Bentuk seperti ini adalah bentuk puisi yang tersendiri. Perkaitannya dengan bentuk pantun bukanlah merupakan perkaitan ianya berkembang menjadi pantun biasa, tetapi dari segi strukturnya, iaitu berima atau bersajak seperti pantun. Dalam bentuknya yang paling mudah, ia merupakan permainan ulangan kata, misalnya:

Pinjam ekor sembilang,
Pinjam-pinjam hilang.


Tetapi dalam bentuknya yang lebih kemas, kita dapat mengesani satu struktur yang mirip kepada pantun biasa, kerana terdapat rima tengah dan rima akhir. Apabila dituturkan, tidak ubah pada pendengaran telinga seperti pantun biasa, Cuma bilangan katanya lebih singkat. Misalnya:

Santan tairu/ gula melaka.
Perempuan tak malu/ jantan tak kata.

Atau

Dahulu parang/ sekarang besi.
Dahulu sayang/ sekarang benci.


Satu bentuk pantun lagi ialah pantun berkait. Peranan bentuk ini menyerupai syair, kerana ide yang hendak disampaikan berlanjutan daripada satu rangkap kepada rangkap berikut. Tetapi berbeza daripada syair, perlanjutan itu melibatkan bukan sahaja ide tetapi bahan puisinya. Baris kedua dalam rangkap pertama menjadi baris pertama dalam rangkap kedua, dan pasangannya baris keempat menjadi baris ketiga bagi rangkap kedua. Begitulah rangkaian itu disambung dari satu rangkap ke satu rangkap yang lain.

-Petikan dari buku Warisan Pusi Melayu
oleh Prof Dr Mohd Taib Osman

Label:

posted by Admin @ 6:07:00 PTG   0 comments
Pantun
2008/05/15
Perkara yang paling ketara bagi pantun ialah rimanya; iaitu rima ahir yang bersilih a - b- a- b. Lazimnya ikatan pantun ialah empat baris, dan rima akhir ialah a - b- a- b. Tetapi pantu juga terdiri daripada ikata lebih daripada empat baris: ianya boleh terdiri daripada enam, lapan atau sepuluh baris; tetapi pentingnya mesti ada pasangan antara baris-baris itu. Jadi, jikalau ikatan itu mempunyai lapan baris, maka baris-baris itu berpasangan pada hujung baris mengikut susunan rima a- b- c- d: a- b- c- d. Misalnya:

Siapa berlangir di tepian..............................a
Jangan dahulu balik pulang.........................b
Rusa terdampar dalam lembah...................c
Ekornya hitam kena bara............................d
Kakanda berlayar ke lautan........................a
Banyak memetik bunga kembang..............b
Adinda tinggal tengah rumah......................c
Tidur bertilam air mata...............................d

Kita lihat bahawa baris 1 berpasangan dengan baris 5 dari segi rima akhir, iaitu tepian berima dengan lautan; baris 2 dengan 6 iaitu pulang dengan kembang; baris 3 dengan 7, iaitu lembah dengan rumah; dan baris 4 dengan baris 8, iaitu bara dengan mata. Sebenarnya tidak benar dikatakan bahawa yang berima itu suku-kata akhir, seperti yang kita lihat pada misalan kata:

ian : tan
lang : bang
bah : mah
ra : ta

- Bersambung pada entri akan datang

Label:

posted by Admin @ 1:58:00 PTG   0 comments
Salam Imtihan
Sempena imtihan yang bakal menjelang beberapa hari lagi, kami mengucapkan "Salam Imtihan". Manfaatkan kesempatan kalian yang masih berbaki. Semoga kejayaan yang diimpikan menjadi milik kalian, insya-Allah...



Ahli AKAR yang bakal menghadapi imtihan:


  1. AMIR HAMZAH KAMIL (Lughah 3)

  2. FADHLINA YUSOFF (Usuluddin 4)

  3. FARIZAH BEGUM MOHD YUSOF (Usuluddin 4)

  4. NUR AFZAN MOHD KASSIM (Usuluddin 1)

  5. SAKINAH JAAFAR (Usuluddin 1)

  6. NOOR HAFIZAH MOHD GHAZALI (Qiraat 3)

  7. NOOR NIHLAH AHMAD JAMHARI (Qiraat 3)

  8. NURUL IZAN PAZIM@FADZIM (Qiraat 3)

  9. NOOR ROSEMAWATI MUSTAPHA (Qiraat 3)

  10. NURUL SYAMILA SABRI (Qiraat 3)

  11. SUNIZA SAHBUDIN (Qiraat 3)

  12. SURIYATI AHMAD TAJUDIN (Syariah 4)

  13. SITI NURAIN MD RAZI (Syariah 3)

  14. AINI SAKINAH ABDULLAH (Syariah 3)

  15. NOR INTAN ZULAIKHA (Syariah 3)

  16. KHAIRUNNISA' MUHAMED KHUSAINY (Syariah 3)

  17. TUAN SITI NAZIFAH TUAN LONG (Syariah 3)

  18. NUR FAIZAH NAZRI (Syariah 3)

  19. NORHASIMAH SALLEH (Syariah 3)

  20. WAN NOOR SAKINAH WAN ABD RASHID (Syariah 2)

  21. SH KHALIJAH SY ROSALAN (Syariah 2)

  22. KHAIRUL NAJWA MOHD RABA'AI (Syariah 3)

  23. NUR HEDAYAH AZAD DIN (Syariah 1)

  24. NURHAYATI AZMAN (Lughah 1)

  25. NUR AISHAH ABD MALIK (Lughah 1)

Label:

posted by Admin @ 1:12:00 PTG   0 comments
Minda Poros
Oleh FATHI ARIS OMAR

Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Tamadun, April 1997
(dari arkib AKAR)

PARADIGMA menjadi alat saringan yang berkesan dalam minda seseorang atau sesuatu ummah. Persekitaran baru yang diasak oleh pelbagai perubahan tidak membawa banyak erti jika paradigma sedia wujud tidak berjaya melihat pelbagai peluang untuk ke depan. Sedangkan ummah kita tidak boleh sama sekali bersifat reaktif kepada perubahan. Malah, sikap adaptif juga dianggap tidak sesuai. Sikap reaktif, pengurusan krisis dan penyelesaian masalah hanya sesuai kepada pengikut arus perubahan- atau ummah yang menganggap persekitaran yang berubah hanyalah "takdir" untuk ditangani. Sikap adaptif pula membayangkan tindakan reaktif juga. Kita cuba "menyesuaikan diri" dengan arus perubahan.

Jika ummah ingin ke depan, menjadi pihak pertama atau pemimpin sejagat dalam bidang-bidang strategik, hanya sikap berantisipasi boleh membawa kita ke era baru. Sikap berantisipasi bermakna kita bersedia menyertai arus perlumbaan mencipta laluan ke abad 21 dan merebut peluang-peluang masa depan. Dalam era perubahan yang bergelora dan drastik, di mana nilai-nilai lazim tidak kekal lama, hanya sikap berantisipasi yang boleh menghadapi gelombang abad 21.

Risiko bersikap reaktif terhadap masa depan sangat besar. Kita akan mengalami "kejutan" kerana rangsangan persekitaran yang melapau atau environmental overstimulation melumpuhkan keupayaan membuat keputusan rasional. Malah Toffler dalam Future Shock berhujah lagi, apabila situasi berubah dengan mendadak dalam konteks yang sama sekali baru, ketepatan ramalan menurun dan akhirnya penilaian yang wajar tidak mampu dibuat. Ringkasnya, tahap penyesuaian diri juga ada batasnya. Tinggallah sikap berantisipasi sebagai alat berdepan dengan perubahan abad 21.

Bagaimanapun, sikap berantisipasi tidak akan wujud sekiranya paradigma menjadi alat saringan. Hanya minda yang poros- membenarkan pertukaran dinamik dua hala- akan berjaya membina sikap ini. Pertukaran antara minda dengan persekitaran dan dalam minda itu sendiri. Minda poros membawa dua implikasi. Pertama, kita memerhatikan perubahan persekitaran yang berlaku. Melalui pendedahan kepada sumber maklumat yang difahami (bukan hanya diketahui), kita akan mengerti rentak dan nafas baru dunia menjelang abad 21. Kita tidak mungkin membina masa depan atas kejahilan tentang realiti ini. Walaupun masa depan boleh terpisah daripada unjuran realiti kini, setidak-tidaknya sebahagian perubahan masa depan masih berpijak atas perkembangan kini (selalunya agak sukar dikesan).

Kedua, keporosan minda juga bermakna kita rela ke luar jendela paradigma lazim. Walaupun terdedah kepada pelbagai sumber maklumat terkini tetapi jika paradigma masih mengekalkan asas-asas lapuk, maklumat baru tidak menolong membuka jendela abad 21. Minda poros telah mempertikaikan asas-asas sedia ada, mencari kemungkinan baru, alternatif-alternatif dan mempersoalkan "kesahihan" yang edia diyakini. Model minda poros adalah seperti berikut:

MASA KINI: Persaingan sejagat, reaktif dan mengikut
MASA DEPAN: Peluang sejagat, pertama dan pemimpin

Minda poros bertindak sebagai mekanisme jambatan antara masa kini dengan masa depan. Jambatan yang dibina bertujuan meninggalkan persaingan merebut peluang yang sempit pada masa kini yang menjadikan ummah bersikap reaktif- cuba menyelesaikan masalah akibat perubahan. Minda poros yang berimaginasi secara tidak ortodoks, apabila pengaruh paradigma menumpul, bertujuan meredah jalan-jalan ke depan dan menjadi pihak pertama sampai ke era baru sebagai pemimpin sejagat.

Minda menjadi tidak poros kerana paradigma memberikan satu corak kefahaman tentang sesuatu perkara yang lazim dan munasabah dalam proses menasfsir maklumat persekitaran. Apatah pula paradigma itu pernah menyebabkan kejayaan, keselesaan dan kebaikan. Kesetiaan kepada sesuatu paradigmalah yang menyebabkan makin sukarnya manusia berubah, dan kian rendahnya tahap antisipasi. Ia berjaya membina comfort zone dalam diri individu, organisasi dan ummah.

Menurut Matthew McKay, Martha Davis dan Patrick Fanning, dalam Thoughts and Feelings: The Art of Cognitive Stress Intervention, manusia bertindak berdasarkan rancangan persekitaran yang ditanggapinya. Kajian psikologi menunjukkan pemikiran mendahului perasaan sebelum wujudnya ketegangannya dalam diri seseorang. Antara rangsangan persekitaran dengan bangkitan fisiologi atau perasaan, pemikiran memainkan peranan aktif menafsirkan perkataan tersebut. Inilah yang sering dikatakan, "Jika terlalu takut, tunggul kayu pun disangkakan hantu." Walaupun persekitaran masih selamat, seseorang yang "berasa" atau "percaya" ada sesuatu yang mengancamnya akan mengalami perasaan terancam dan menunjukkan tindakan akibat perasaan tersebut. Oleh itu, minda yang dipengaruhi paradigma sebenarnya "buta" walaupun realiti berada di sekelilingnya, apatah lagi pada masa depan.
Paradigma memandu kita melihat masa depan berdasarkan apakah yang sedia wujud dalam fikiran. Benar atau palsu, rasional atau tidak, bukan lagi isu pokok. Jika paradigma melihat perubahan masa depan sebagai "serangan ke atas negara", kita akan menyediakan kubu pertahanan. Masyarakat akan dinasihati agar membina kekuatan yang bersifat pertahanan dan mungkin menyerang balas. Peluang, jika masih dilihat, mungkin untuk mengelakkan diri daripada serangan perubahan.

Sebaliknya, jika masa depan dilihat "peluang negara merebut tempat memimpin", kita akan membina kekuatan untuk menakluk. Persoalan kubu tidak lagi begitu penting. Kita berfikir tentang bagaimana hendak sampai ke sana, persiapan dalam kembara dan waspada terhadap serangan hendap. Kita mengarifkan diri tentang liku, lurah, dataran dan puncak dalam perjalanan itu. Melihat masa depan sebagai ancaman akan melemaskan ummah dengan isu-isu persiapan di dalam kubu; atau paling baik di sekeliling kubu.
Melihat masa depan sebagai mencipta dan merebut peluang akan membuka minda yang bersifat "meneropong" jauh ke ufuk masa.

Dua paradigma terhadap perubahan masa depan menimbulkan dua set perasaan yang berbeza, menghasilkan dua set persoalan yang berbeza dan seterusnya merangsang dua jenis tindakan berbeza. Keporosan minda bertujuan menumbuhkan natijah kedua.

Ainon dan Abdullah, melalui Kursus Berfikir Tinggi, menyenaraikan pelbagai kelas pemikiran. Pada hemat kita, minda poros adalah satu himpunan jenis dan gaya pemikiran yang disenaraikan seperti berikut:

Analitikal - daya usaha melihat sesuatu secara terperinci dengan cara memecahkan masalah besar kepada bahagian-bahagiannya yang lebih kecil; proses mencari punca-punca; memahami situasi yang kompleks melalui unsure-unsurnya.

Teknikal – menggerakkan daya reka cipta.

Hipotetikal – mencari kemungkinan membuat ramalan yang munasabah; menyusun dan mengguna maklumat dengan cara yang baru.

Projektif – keupayaan mental meramal atau mengunjur keadaan-keadaan masa depan yang belum wujud pada masa kini.

Proaktif – berfikir lebih awal sebelum sesuatu perkara terjadi.

Kreatif – keupayaan melihat sesuatu dari pelbagai sudut bagi menghasilkan pelbagai cara menilai atau melakukan sesuatu.

Konstruktif – daya usaha memperbaiki apa-apa kelemahan yang terdapat pada sesuatu idea.

Positif – keupayaan melihat kebaikan, kegunaan, keuntungan atau faedah pada apa-apa sahaja.

Nilai- menggunakan nilai sebagai asas atau sandaran bagi pandangan atau keputusan yang dibuat. Dalam kes ini, nilai yang dimaksudkan tentunya prinsip-prinsip Islam yang jelas dan sistem hukum yang berkembang.

Lateral – berfikir untuk menjanakan idea-idea baru sama sekali, yakni tidak ada hubungan dengan idea-idea lama.

Selari – meletakkan idea-idea dalam keadaan selari tanpa hujahan, nilaian atau kritikan khasnya pada peringkat awal. Semua idea dianggap boleh diterima atau ditolak.

Dan sebagai tambahan, Sistemik – mengambil kira hubungkait atau rangkaian idea atau perkara yang difikirkan.

Minda poros sebegini ditekankan semata-mata wujudnya kecenderungan di kalangan kita untuk berdebat secara tidak konstruktif, kegagalan menghargai idea kreatif, mengutamakan idea kosong tanpa usaha ke arah meratakan sumbangan produktif oleh ketidakporosan minda tidak sesuai untuk membuka jendela abad ke-21.

Label:

posted by Admin @ 12:57:00 PTG   1 comments
Mengatasi Penyakit Pemikiran
Oleh FATHI ARIS OMAR

Sumber: Majalah Tamadun, April 1997
(dari Arkib AKAR)

DALAM masyarakat Islam, personaliti penyumbangan idea boleh menghalang penilaian terhadap idea. Ulama sering berhujah- pandangan orang yang jahil dan fasiq tidak sesuai dirujuk. Tanpa disaring dan difikirkan beberapa kali, ‘pandangan’ itu pun ditolak tanpa diklasifikasikan sama ada ia terdiri daripada berita, idea atau pengajaran; tanpa mengelaskan sama ada ia termasuk dalam aspek-aspek hukum yang asasi atau hal-hal furuk; tanpa mempedulikan amalan itu strategi atau sandaran-sandaran yang membentuk strategi.
Ada waktunya, demi mengelakkan perdebatan yang panjang, pandangan itu diterima ala kadar sahaja, tanpa tindakan sesuatu yang bermakna. Ada kecenderungan yang kuat dalam masyarakat Islam untuk menolak atau kurang menerima sesuatu pandangan atau idea-idea yang tidak didasarkan pada idea itu sendiri. Banyak faktor lain yang mempengaruhi idea seperti kepakaran seseorang dalam bidang agama, usia, jenis pertubuhan, aliran pemikiran dakwah, akhlak dan amalan agamanya.

Kriteria-kriteria ini menjadi begitu dominan sehingga ia boleh digelar satu ‘paradigma saringan’ untuk memastikan sesuatu idea diterima oleh masyarakat Islam. Persoalan kebenaran, kebernasan dan kemungkinan yang terdapat pada idea akan dikesampingkan. Siapa yang berkata jauh lebih utama daripada apa yang diperkatakan menjadi prinsip yang dipegang kukuh tanpa disedari oleh sesiapa. Pada hemat kita, ini merupakan salah satu punca penyakit kenapa umat Islam lambat maju, terkongkong dan terasing daripada realiti yang berubah di sekelilingnya. Jika wujud minda yang poros, hal sedemikian tidak akan terjadi.
Penyakit itu sebetulnya penyakit pemikiran dan ia merupakan satu paradigma atau tindakan pengurusan paradigma dan keporosan minda yang bijaksana. Penyakit pemikiran sebenarnya lebih sukar dihadapi daripada ketiadaan sumber, kepakaran, kebendaan atau kewangan. Tidak ada makanan tidak menyusahkan jika ada idea untuk mencari jalan keluar daripada kelaparan. Tetapi bagaimana jika tidak ada selera makan? Penyakit pemikiran samalah ibaratnya kehilangan selera makan. Umat Islam sebenarnya mengalami penyakit ini dan ia berpunca daripada minda yang tidak poros. Sedangkan masyarakat Islam memerlukan idea-idea dari minda poros bagi menjawab tiga isu asasi, iaitu:

1. Penyelesaian masalah akibat modenisasi dan industrialisasi. Masyarakat hidup dalam sistem yang dinamik. Penyelesaian masalah, katakan gejala sosial bukannya rumusan matematika 1+2=3. Remaja lepak dan bohsia kita wujudkan program rakan muda. Masalah bayi kita cuba tangani dengan bank bayi. Mungkin juga masalah baru jauh lebih besar daripada masalah asal. Mungkin ada wajarnya masalah sedia ada tidak diselesaikan. Penyelesaian hari ini boleh menghasilkan masalah pada masa depan. Keadaan in terjadi jika ummah berfikiran singkat dan nampak implikasi jangka pendek. Hari ini demi hari kita berdepan dengan masalah-masalah yang kompleks dan penyelesaiannya menuntut idea-idea yang realtifnya kian kompleks juga.

2. Pembinaan kekuatan dan daya saing (mencipta "aturan permainan" abad ke-21). Dalam permainan dunia moden, umat Islam sedunia sangat dipengaruhi oleh arus perubahan dunia. Keadaan ini sesuatu yang malang dan menyedihkan. Kekuatan yang dibina oleh dunia memaksa ummah menurut peraturan tersebut. Jika cuba berdegil dengan cara tersendiri, ummah mungkin terdedah kepada ketewasan dalam persaingan sejagat. Ketewasan, katakan dalam bidang ekonomi atau teknologi, akan memudahkan lagi dunia memperkotak-katikkan ummah. Oleh itu, mahu atau tidak mahu, kita harus sedar, dan wajar memahami mengikut rentak dunia. Namun, peraturan dunia mungkin satu paradigma yang beku dan tidak menguntungkan. Untuk keluar daripada kesan kelumpuhan paradigma dunia, ummah harus berfikir kreatif berpandukan prinsip-prinsip Islam yang teradun sebati dengan realiti zaman. Usaha ini tentunya menuntut idea yang canggih dan tentunya tidak menjelma sekelip mata atau secara automatis.

3. Pembinaan sistem alternatif Islam pada masa depan. Kita semua sedar betapa kecil dan sedikitnya pengaruh sistem Islam dalam negara ini, apatah lagi di rantau dan dunia ini. Untuk mengoperasikan sistem Islam di tengah-tengah keadaan ini, pemikiran kreatif dan bijaksana sangat diutamakan. Ia bertujuan meningkatkan daya keberkesanan sistem alternatif itu sendiri, selain mengurus rintangan terhadap perubahan.

4. Pendek kata, dari apa-apa persepektif pun, umah perlu menjanakan idea-idea yang semakin hebat dan canggih. Lazimnya idea tidak berkembang secara sempurna dalam sekelip mata. Keadaan ini benar dalam konteks pembinaan masyarakat dan negara. Idea-idea besar harus diperbahaskan untuk dimantapkan dan dimatangkan supaya menjadi kian mendalam dan amali. Idea besar yang berupa konsep umum atau prinsip am tidak wujud di alam nyata, ia hanya tergambar dalam minda atau paling jauh tercatat di atas kertas dasar. Idea yang boleh dilaksanakan harus sampai ke tahap perincian yang wajar. Walaupun banyak pihak ingin penyelesaian segera dan mahu melihat perubahan mendadak, idea sebenarnya melalui proses evolusi dan kadar kepantasan evolusi bergantung pada jumlah sumbangan idea yang bernas dalam masyarakat Islam.

Oleh kerana Islam menawarkan konsep asas dan prinsip umum, maka sangatlah wajar ia direndangkan dengan kekuatan daya fikir yang berasaskan ilmu. Jika tidak Islam selama-lamanya menjadi impian yang manis dalam kepercayaan tetapi tidak wujud dalam dunia nyata. Banyak perkara yang diperkatakan secara am atau prinsip harus dicernakan menjadi idea-idea yang praktikal dalam dunia nyata.

Jika diimbas, sudah banyak idea Islam dioperasikan hasil proses evolusi. Universiti Islam, perbankan dan kewangan Islam adalah contoh-contoh yang paling menonjol diusahakan oleh pihak kerajaan dan organisasi dakwah sendiri. Pada tahap pelaksanaan, proses inovasi sentiasa berjalan-memerlukan idea kreatif dan konstruktif. Idea tidak mungkin berhenti dengan wujudnya institusi atau sistem Islam kerana setiap kewujudan harus pula dikekalkan dengan daya kemapanannya.

Memang benar idea sahaja belum mencukupi jika tidak ada kerelaan politik, sumber manusia dan kewangan tetapi dengan idea, keterhadan boleh diatasi. Idea tidak akan mengenyangkan tetapi bukankah dengan idea kita boleh mengisi perut yang lapar hari ini, bulan depan dan tahun depan? Parahnya, masyarakat Islam "muflis" idea konstruktif tetapi di sana sini kita mendengar pekikan mendesak dan jeritan mengkritik.

Bagi mengatasi tahap kemuflisan tersebut, ummah sangat memerlukan minda poros yang menjana idea-idea besar dan revolusioner atau idea kecil dan sampingan. Menurut penyelidik rahsia kejayaan korporat gergasi dunia General Electric, organisasi masa depan harus memahami hubung kait antara dua jenis idea yang boleh menjadikannya "juara" pada abad ke-21. Tichy dan Sherman dalam Control Your Destiny or Someone Else Will menjelaskan kepentingan idea-idea kuantum dan kecil dalam organisasi.

Idea kuantum mencetuskan revolusi dalam organisasi dan akhirnya industri yang mengubah gaya hidup pengguna produk dari organisasi berkenaan. Ia mencetuskan transformasi. Bagaimanapun, idea kuantum hanya terjelma apabila diperincikan kepada idea kecil yang memapankannya. Idea kecil-kecil dikira penting bagi meningkatkan secara berterusan, namun peningkatan itu secara sampingan sahaja. Hanya organisasi dan bangsa yang berjaya menjana dua jenis idea ini, bukan salah satunya akan muncul pemenang pada abad 21.

Oleh kerana idea yang diperlukan banyak, sebelum dibahas-matangkan, ummah harus bersedia melayan setiap idea dengan sewajarnya. Edward de Bono melalui Serious Creativity menyarankan beberapa teknik merawat idea seperti di bawah:
  • Menolak idea mentah-mentah: Inilah cara yang paling mudah membunuh idea dan seterusnya motivasi penyumbang idea. Hal ini tidak kurang lazimnya dalam organisasi kelompok masyarakat kita apatah lagi penyumbang idea tidak boleh dikategorikan sebagai memnuhi ciri-ciri tertentu. Ada semacam satu kecenderungan di kalangan masyarakat kita untuk menilai penyumbang idea berdasarkan siapa orang itu, bukan nilai ideanya. Siapa yang memperkatakan lebih dihargai daripada apa yang diperkatakan.

  • Membentuk idea: Mengambil kira halangan dunia nyata seperti kos, undang-undang, penerimaan masyarakat, keupayaan melaksanakan dan aspek sosiobudaya.

  • Melenturkan idea: Mengambil halangan-halangan dalaman organisasi atau kumpulan seperti wang, kakitangan, masa atau motivasi.

  • Mengukuhkan idea: Bertujuan menambahkan "nilai" yang ada pada idea dari segi manfaat, praktikaliti , kemudahan dan penerimaan.

  • Memantapkan idea: Idea yang mempunyai penjuru atau sendi yang lemah harus diperkukuhkan. Kelemahan idea lebih mudah diperbaiki sekiranya tiada kesilapan asas.

  • Mengangkat idea: Idea tidak akan ke mana-mana jika tidak ada pelaksana dan gerak kerja pelaksanaan. Banyak pihak terbabit untuk menjayakan sesuatu idea dan setiap pihak ini harus selaras dalam mengukur nilai idea tersebut.

  • Membandingkan idea: Perbandingan mendedahkan kelebihan (dan kekurangan) idea-idea yang dicadangkan atau idea baru itu dengan idea lama. Idea yang kelihatan hebat mungkin lemah atau tidak jauh bezanya apabila dibandingkan dengan idea-idea lain. Boleh jadi idea nampak indah hanya pada harapan dan sangkaan. Kebaikan dan kelebihan idea haruslah diasaskan pada hujah yang kukuh.

  • Kesilapan dan Kekurangan: Manusia lebih cenderung menolak kesilapan daripada menerima manfaat. Peringkat memerlukan ketelitian yang mendalam dan membetulkan idea, jika perlu.

  • Kesan atau akibat: Memikirkan akibat penggunaan idea dalam jangka masa segera, pendek, sederhana dan panjang. Memeriksa idea sebegini akan mendedahkan halangan, masalah atau kekurangan baru. Senario-senario yang bakal terjadi akibat penggunaan idea harus disemak, walaupun bukan semuanya. Persekitaran yang berubah mungkin memerlukan idea itu ditangguhkan atau terus ditolak.

  • Keupayaan diuji: Idea-idea yang berjaya diuji dengan alat-alat ujian tertentu akan mudah diterima.


Penilaian: Akhirnya idea harus dinilai untuk memastikan manfaatnya yang sebenarnya.
Langkah de Bono ini bukannya untuk ditiru bulat-bulat tetapi minda poros harus tahu menyaring idea sewajarnya: bukan menolak mentah-mentah dan melemahkan percambahan idea kreatif dalam masyarakat.

Label:

posted by Admin @ 12:50:00 PTG   0 comments
Ciri-ciri Seorang Yang Kreatif
2008/05/06

(Dipetk dari bank artikel AKAR)

  1. Ingin mengetahui
  2. Ingin meneroka
  3. Suka bergurau senda
  4. Berangan-angan
  5. Emosional
  6. Sensitif kepada seni dan keindahan
  7. Terbuka kepada sesuatu yang baru dan luar biasa
  8. Sentiasa bersedia untuk belajar sesuatu
  9. Idealistik
  10. Bersemangat
  11. Suka cabaran
  12. Persepsi yang berbeza
  13. Kegagalan menjadi pengalaman
  14. Sedia berkorban
  15. Tidak suka ikut peraturan yang lazim
  16. Proses kerja lebih disukai daripada hasilnya
  17. Waktu bukan faktor penting baginya
  18. Mudah menerima anjakan paradigma

Bagaimana Mengenali Otak Anda?

Otak Kiri

  • VERBAL
  • Praktikal
  • Matematik
  • LOGIK
  • ANALISIS
  • Linear
  • Praktikal
  • DEGIL
  • Nombor
  • BERHATI-HATI
  • 'SHARPENER'
  • Pragmatik
  • CARA TERTENTU UNTUK MEMBUAT SESUATU
  • Mengikut peraturan

Otak Kanan

  • VISUAL
  • Seni
  • Falsafah
  • INTUISI
  • Ritme
  • Semiotik
  • Warna
  • Digital
  • Bentuk
  • LEVELLER
  • Sedia hadapi risiko
  • Angan-angan
  • IDEALIS
  • Berbagai cara untuk membuat sesuatu

Label:

posted by Admin @ 3:08:00 PTG   0 comments
AKAR


AKAR
Akademi ini merupakan salah sebuah unit khas di bawah Unit Penerangan & Penerbitan (UPP),
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Ditubuhkan untuk memberi pendedahan
dalam bidang penulisan kreatif dan non-kreatif,
lukisan karikatur, kewartawanan dan aplikasi multimedia
sebagai wadah dakwah Islamiah.
Keahlian terbuka kepada semua ahli DPMM yang berminat.
Sertai kami hari ini !


Previous Post
Archives
Free Palestin
Links










Download
© 2005 Akademi Karyawan Mansurah Template by Isnaini Dot Com