HOME | DPMM | PEKELILING DPMM | SEJARAH DPMM | GALERI DPMM | BAIT MUSLIM | FORUM DPMM | PMRAM | HEWI PMRAM
Demi Masa
Antologi 10 yg Ku Gelar Cinta
Waktu Solat

Pesanan


Bil Pengunjung

Tahniah
2008/03/22
Akademi Karyawan Mansurah dengan kerjasama Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI DPMM telah mengadakan Peraduan Coret dan Menang khusus untuk akhawat sepanjang Disember hingga Februari lalu. Berikut adalah keputusan peraduan

Peraduan Menulis Artikel

Tempat Pertama NORISNAINI ISMAIL
Tempat Kedua WAN NOOR SAKINAH WAN ABD RASHID

Peraduan Menulis Sajak

Tempat Pertama AINUN MARDHIAH ISMAIL
Tempat Kedua NOOR HAFIZAH MOHD GHAZALI

Peraduan Menulis Cerpen

Tempat Pertama SUHAIRATI JAAFAR
Tempat Kedua TUAN SITI NAZIFAH TUAN LONG

Peraduan Melukis Kartun

Tempat Pertama FADHLINA YUSOFF
Tempat Kedua NUR AFZAN MOHD KASIM

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga bakat dan kecenderungan yang kalian miliki akan terus memberi manfaat kepada agama yang kita sayangi. Amin...

Label:

posted by Admin @ 4:30:00 PTG   1 comments
Kem Latihan Penulis Siri 1
2008/03/21

Rumusan dari kata-kata nasihat Saudara Nazmi Yaakub dan SM Zakir
Sidang video antara Rumah Pena, Kuala Lumpur dengan Asrama Rumah Johor, Kaherah di Kem Latihan Penulis (KELAP) Siri Pertama anjuran PMRAM
Tarikh : 8 Julai 2007


  1. Tidak cukup hanya semangat untuk menjadi penulis.

  2. Baca beberapa karya untuk mematangkan diri.

  3. Antara kesalahan yang sering dilakukan penulis baru : klise

  4. Boleh paparkan kisah yang remeh, contohnya kisah pak arab di kedai kopi. Kadang-kadang kisah biasa ini lebih menarik kerana banyak latar tempat.

  5. Banyakkan mengambil gambar di sekeliling kerana ia membantu kita dalam menghasilkan karya.

  6. Buat karya dengan tema isu-isu besar yang berlaku di seluruh dunia, tapi boleh selitkan cinta seperti Ayat-ayat Cinta.

  7. Tatabahasa tidak boleh dipandang remeh kerana bila ada kesilapan, ia akan mengganggu pembacaan.

  8. Kita perlu ada pengamatan terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita dan menguasai watak-watak yang kita gambarkan di dalam karya.

  9. Banyakkan lagi karya dakwah untuk mengimbangi kebangkitan gelombang penulis bukan agamawan.

  10. Gunakan latar Mesir kerana ia akan menarik minat pembaca.

  11. Latar dan watak memainkan peranan penting.

  12. Tak perlu gunakan watak terlalu ramai.

Label:

posted by Admin @ 4:17:00 PTG   0 comments
Lorong Seorang Penulis


Lorong Seorang Penulis
(rumusan daripada kata-kata nasihat A. Ubaidillah Alias di majlis pertemuan tidak rasmi para penulis dan peminat sastera Mesir di Rumah Kelantan Baru pada 12 Jun 2007)


  1. Mana-mana penulis yang paling rajin membuat latihan dan berani menongkah arus akan berjaya.

  2. Jadilah penulis yang bersemangat dan berani seperti Mohd Zaki M. Noor.

  3. Cuba buat perubahan dalam pasaran mainstream.

  4. Contohi kejayaan Habiburrahman el-Shirazy (penulis novel Ayat-ayat Cinta) yang telah berjaya membuka mata peminat sastera di Malaysia dan Indonesia khasnya akan bakat dan ilmu bantu yang dimiliki oleh para agamawan.

  5. Jadikan penulisan kreatif sebagai wadah dakwah Islamiah.

  6. Pastikan dalam karya ada ‘bab syurga dan neraka’.

  7. Belajarlah tulis cerpen dan novel dengan baik.

  8. Bersastera tidak salah, tapi jangan lupakan keutamaan kita sebagai pelajar agama.

  9. Hasilkanlah satu karya yang bermanfaat, insya-Allah ada sambutan. Yang penting usaha kita.

  10. Sebelum mengumumkan identiti politik kita, serulah manusia ke arah makruf dan meninggalkan yang mungkar seperti yang telah dilakukan oleh Faisal Tehrani.

  11. Jangan letakkan limit (had) pada bakat yang kita miliki, sebaliknya usahakan bersungguh-sungguh membuat yang terbaik agar semuanya boleh menjadi wadah dakwah kita.

  12. Masuklah ke dalam mana-mana penerbitan yang boleh mengangkat nama Islam.
    Untuk membuat cerpen, kita perlu ada kemahiran dan fakta (ilmu bantu) yang kukuh.

  13. Agar boleh banyak menulis, banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah dan belajar dari karya-karya penulis tersohor.

  14. Baca banyak buku agar dapat manipulasi ilmu. "Knowledge is power"

  15. Untuk terjemahan, kita mesti amanah – nyatakan dengan benar dari mana sumbernya, dan jika kita mengambilnya dari mana-mana kitab, nyatakan nama penulisnya tanpa mengubah maksud asal yang hendak disampaikan penulis tersebut.

  16. Untuk menghantar karya ke penerbitan, banyakkan isu semasa.

  17. Tengok tema penerbitan tu apa (cth: Hantar cerpen bertema remaja ke majalah yang sesuai seperti Dewan Siswa, i-Remaja, Remaja dsb. Jgn salah hantar ke penerbitan lain; Pa & Ma misalnyaJ)

  18. Cara penyampaian cerita mesti sesuai dengan khalayak pembaca yang menjadi sasaran kita.

  19. Kalau kita niat menulis untuk Islam, maka tidak ada sebab mengapa kita mesti berhenti.

Label:

posted by Admin @ 4:14:00 PTG   0 comments
Iklan Antologi Terbaru
2008/03/17
Antologi Puisi Karyawan Muda Darul Khusus "Epal Merah" (rujuk paparan di sebelah) yang menghimpunkan 10 orang penyair muda dengan 35 buah sajak. Mereka terdiri daripada :-

· Shazmee Rizal
· Ida Munira
· Nisah Haji Haron
· Firdhaus Hassan
· Syarifah Salha Syed Ahmad
· Sammaituha Najwa
· Norsuriana Abd Razak
· Asyraff Hafdzan Abdullah
· Masliza Alias
· Huzaifah Zulfakar



Antologi Cerpen Karyawan Muda Darul Khusus "Sebelum Bintang Berjatuhan" (rujuk paparan di sebelah) pula menghimpunkan 11 buah cerpen karya 11 orang pengarang muda yang amat berwibawa. Mereka terdiri daripada : -

· Ahmad Patria Abdullah
· Nisah Haji Haron
· Amiza Khusyri Yusof
· Syarifah Salha Syed Ahmad
· Sammaituha Najwa
· Anizah Abu Samah
· Shazmee Rizal
· Ida Munira Abu Bakar
· Siti Jasmina Ibrahim
· Asyraff Hafdzan Abdullah
· Nazri Alias

Dapatkan segera ! Terhad untuk lapan buah naskhah sahaja setiap satu. Untuk pesanan, hubungi Nurul Lailati Mahat di talian +2010 4622451 (sms juga diterima) atau melalui emel: lail_25@yahoo.co.uk atau layari http://www.bukanlailaisabela.blogspot.com dan sampaikan pesanan anda di ruangan 'Baini wa Bainakum.'

Label:

posted by Admin @ 12:20:00 PTG   0 comments
Zaharah Nawawi : Perjalanan Seorang Penulis
ZAHARAH NAWAWI anak kelahiran Batu Pahat Johor, membesar dan memungut pengalaman di luar kampung halaman. Mulai mengasah bakat di bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan semenjak itu tidak pernah berhenti menulis sehingga kini. Pencapaian tertinggi yang diraih hasil penat lelah menulis ialah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand.



Telah melahirkan tujuh buah novel dewasa, tiga novel kanak-kanak, empat kumpulan cerpen persendirian dan lebih dari 25 buah antologi cerpen bersama. Pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebagai seorang wartawan dan Anggota Sidang Pengarang WANITA -- dari 1968 hingga 1976.



Jawatan terakhir Zaharah di Utusan ialah sebagai Ketua Redaksi majalah MASTIKA dari 1975-1976. Setelah meninggalkan Kumpulan Utusan, Zaharah berkhidmat pula di Berita Publishing, (anak syarikat Kumpulan The New Straits Times) dari 1976 hingga 1985. Jawatan terakhirnya di sana ialah sebagai Editor Umum Kumpulan Majalah Berbahasa Malaysia (Editor General Bahasa Publications) di Berita Publishing. Dari 1985 hingga 1986 Zaharah menjadi Editor Urusan di Pustaka Cipta Sdn. Bhd. Zaharah meninggalkan Pustaka Cipta setelah mendapat Dana DERMA CIPTA Dewan dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan mengenai perjuangan Panglima Salleh Selempang Merah yang mengetuai orang kampung membenteras kegiatan dan kezaliman komunis Bintang Tiga dalam tahun 1945 di Batu Pahat, yang kemudian ditulis dalam bentuk novel menggunakan judul Panglima Salleh Selempang Merah.



Pada 1988, Zaharah menerima pelawaan Pakar Sakit Puan terulung berasal dari Muar, Johor iaitu Dr. Hamid Arshad yang waktu itu menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menjadi editor majalah Timang keluaran LPPKN tersebut. Zaharah berkhidmat di badan berkanun berkenaan sehingga bersara pada 1995.



Zaharah menulis sebuah novel terpanjang di Malaysia (1351 halaman) berjudul Anugerah yang terbit pada 1995. Belum ada novel lain dapat mengatasi atau memecahkan rekod novel terbitan DBP tersebut. Novel Anugerah jugalah yang membawakan tuah kepada penganugerahan Sea Write Arawd di Bangkok (1996). Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka. Sementara semenjak 1989 karya cerpen Zaharah banyak memenangi hadiah. Terakhir beliau memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Utusan/Public Bank melalui cerpennya Pemain Catur.



Menyimpan cita-cita mahu melatih penulis pelapis supaya menjadi penulis yang benar-bernar berwibawa, mulai 1993 Zaharah mengadakan bengkel-bengkel penulisan meliputi beberapa genre, termasuk novel, cerpen, puisi, kritikan, drama radio, bahasa, undang-undang dan rencana. Pada November 1997, Zaharah menubuhkan kelab penulisannya sendiri dengan nama KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) yang ahlinya terdiri daripada penulis/bakal penulis yang pernah mengikuti bengkel-bengkelnya.



Dengan itu tercatatlah dalam sejarah kesusasteraan dan penulisan negara bahawa Zaharah Nawawi adalah satu-satunya orang/penulis/sasterawan yang berdikari melatih penulis pelapis tanpa mendapat dana dari mana-mana pihak. Dan kelab Zaharah bukan sahaja kekal hidup sehingga sekarang, malah antara kelab yang tergiat mengadakan bimbingan kepada penulis/bakal penulis yang ingin memenuhkan dada dengan pelbagai ilmu penulisan. Setiap bulan atau setidak-tidaknya, dua tiga bulan sekali publisiti mengenai kegiatan KEPEZI dapat dilihat tercatat di ruangan Sastera akhbar-akhbar tempatan.



Karya-karya Zaharah terutama Jalur Sinar Di Celah Daun dan Anugerah menjadi bahan kajian sarjana dan ilmuan di benua Eropah dan Australia. Kedua-dua novel berkenaan juga sedang menjalani proses penterjemahan oleh dua sarjana dari Universiti Nasional Australia.


PENCAPAIAN
Pencapaian di bidang penulisan (buku)
Novel :



1. Jalur Sinar Di Celah Daun -- Menjadi Buku Teks Tambahan Tingkatan Lima ('82-87') 2. Panglima Salleh Selempang Merah -- Menjadi Buku Teks Tambahan Tingkatan Enam Atas (89...) 3. Ebe dan Eme -- Memenangi Hadiah Buku Terbaik Kanak-Kanak Bukan Bergambar (Hadiah Buku Kebangsaan 1990, ) Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia 4. Menuju Ke Puncak -- Terpilih bagi Projek Buku Bank Dunia 1990 5. Anugerah -- Hadiah Terbaik Katagori Buku Dewasa (Kreatif) Anugerah Buku Kebangsaaan 1996 -- Majlis Buku Kebangsaan Malaysis 6. Suara Ombak -- Memenangi Hadiah Sastera Johor 1996 kategori Antologi Cerpen
7. Panglima Salleh Selempang Merah -- didiskusikan sekali lagi pada 6 Mac 1999 di Balai Budaya DBP, dianjurkan oleh Persatuan Penulis Selangor (PPS) dan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan, dg matlamat novel ini akan menjadi bahan bacaan wajib anggota tentera Malaysia di seluruh negara.
Pencapaian di bidang Cerpen:
1. Emak Tak Marah Lagi -- Memenangi Hadiah Sagu hati Hadiah Sastera Utusan/ Public Bank 1986 2. Suara Ombak -- Memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 3. Perjalanan Yang Jauh -- Memenangi Hadiah Ketiga Peraduan Cerpen Berunsur Islam Kelapan Anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri 4. Orang Bertopeng -- Memenangi Hadiah Saguhati Pertandingan Cerpen Negeri Pulau Pinang-YTL 1996 5. Perjalanan Yang Jauh -- Memenangi Hadiah Sastera Johor kategori Cerpen Eceran 1996 5. Air Mata Lelaki -- Memenangi Hadiah Kedua Peraduan Cerpen Berunsur Islam 1X Anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam JPM 1996 6. Kereta Air -- Memenangi Hadiah Sagu Hati Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1994/1995 7. Anak-Anak Suria -- Memenangi Hadiah Sagu Hati Hadiah Sastera Utusan/ Public Bank 1996 8. Wangian Bukit Peranginan -- Memenangi hadiah Sagu Hati Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA X 1997 9. Pemain Catur -- Pemenang Utama Hadiah Sastera Utusan/Public Bank 1998 10. Semangat Bunga -- Pemenang saguhati Hadiah Sastera Formula Malaysia 1999
11. Pemain Catur -- Memenangi Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim 1999 kategori cerpen eceran 12 Wanita Tua dan Penghantar Surat – Memenangi Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim kategori puisi eceran.
Lain-lain pencapaian:
1. Novel ANUGERAH diadaptasi ke pementasan selama sejam pada 4 Mei 1996, sempena Malam Puisi Utusan IV (sebagai hadiah kepada UMNO yang menyambut perayaan ulangtahun ke-50)
2. Dari 5 hingga 10 Oktober 1996 Utusan sekali lagi dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Kemanterian Kebudayaan dan Pelancongan mementaskan adaptasi dari novel ANUGERAH di Matic, Jalan Ampang Kuala Lumpur, selama dua jam, lima hari berturut-turut. Pementasan kali kedua ini berjaya menarik empat ribu penonton datang menyaksikannya, dan dianggap suatu kejayaan menarik kehadiran penonton dalam jumlah memberangsangkan.
.

Label:

posted by Admin @ 11:36:00 PG   0 comments
Hamka dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Hamka dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Oleh Muhammad Shah Ahmad Nor

Buku tulisan HAMKA berkisar tentang soal jawab agama adalah buku karya HAMKA yang pertama dibaca oleh saya. Mungkin, buku tersebut masih belum mencerahkan saya kepada ketokohan sastera Pak HAMKA. Beberapa tahun selepas itu, keberadaan di KMB memberi lebih ruang kepada saya dalam mendalami tulisan HAMKA, tapi kini dalam arena tafsir.


Sekali lagi, Tafsir Al-Azhar ini juga pada saya masih belum menonjolkan HAMKA sebagai seniman di samping tokoh dalam bidang dakwah. Angkatan Baru adalah karya beliau yang pertama saya baca. Karya ini sekalipun pendek, tetapi mesejnya jelas terpapar di dalamnya yang mengisahkan dua tafsiran cinta yang berbeza antara sang suami seorang pendidik bangsa dengan sang isteri seorang yang memuja cinta romantik.


Buku Pemikiran Etika Hamka yang ditulis oleh Abd Rahman Abd Aziz, seorang pensyarah UUM-lah yang benar-benar memberi satu semangat baru saya untuk lebih mendalami tulisan HAMKA. Maka, sekalung ucapan terima kasih buat saudara Shukri kerana meminjamkan saya novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.


Novel ini secara umumnya berkisar tentang perjuangan seorang pemuda, Zainuddin yang telah ditimpa nasib malang sejak dilahirkan yang akhirnya mendapat pencerahan semangat setelah bertemu dengan gadis Minangkabau, Hayati. Perkenalan awal Zainuddin bersama Hayati telah membuahkan cinta. Mereka berdua telah berjanji untuk hidup bersama. Namun disebabkan status yang berbeza daripada perpekstif adat Minangkabau, pihak keluarga Hayati telah menolak peminangan Zainuddin. Hal ini ditambah lagi dengan pengaruh sahabat Hayati, Khadijah yang cuba memberikan gambaran buruk kepada Hayati tentang ketidakmampuan Zainuddin untuk membina keluarga yang bahagia bersama Hayati kerana kemiskinan Zainuddin. Akhirnya, Hayati telah memungkiri janjinya untuk menunggu Zainuddin dan telah mengambil keputusan untuk menerima lamaran Aziz, abang kepada Khadijah, seorang kaki judi dan kaki perempuan yang disangka Hayati bakal memberinya kebahagiaan.


Akibat daripada pernikahan dua insan ini, telah menyebabkan Zainuddin terlantar sakit selama 2 bulan, namun semangat hidupnya dihidupkan semula oleh Muluk yang membawa kepada penceburan Zainuddin dalam bidang penulisan yang membawa kepada kejayaan hidup beliau. Setelah habis membacanya, benarlah apa yang ingin disampaikan oleh Abd Rahman daripada bukunya pemikiran etika Hamka, bahawa penulisan Hamka dalam novel bukanlah sekadar novel picisan, tetapi mesej dakwah yang lebih utama untuk disampaikan. Apa yang menarik daripada buku antaranya adalah pada mukadimah yang ditulis oleh Hamka sendiri, iaitu beliau menceritakan sedikit sebanyak penentangan yang diterima beliau kerana jarang sekali seorang ulama menulis novel percintaan sepertinya.


Namun penentangan itu tidak bertahan lama, kerana masyarakat telah mula sedar akan kepentingan seni dan sastera dalam mesej dakwah. Hal ini selari dengan apa yang diungkapkan oleh Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam mukadimah kitab Al—Munthalaq yang mengungkapkan mesej yang lebih kurang sama dengan kata-kata Hamka. Dari segi metod penulisan, saya dapati Pak Hamka gemar menampilkan penulisan surat antara dua watak yang berkasih sayang. Hal yang sama juga saya dapati daripada cerpan Angkatan Baru. Pada pendapat saya, hal ini akan lebih menyebabkan pembaca cuba menghayati watak dalam novel.


Misalnya, begitu banyak perutusan surat antara Zainuddin dan Hayati telah dimuatkan dalam novel ini. Antara kelebihan kaedah ini bagi saya adalah penulis akan lebih mudah dalam menggambarkan isi hati para watak dalam cerita. Seperti yang telah diterangkan, bahawa matlamat Hamka adalah demi dakwah. Maka, di antara persoalan yang ingin disampaikan adalah persoalan dua taraf cinta yang berbeza, iaitu cinta dan CINTA cuba dibawa oleh Hamka melalui watak Zainuddin dan Hayati. Hal ini ditunjukkan dalam peristiwa pesta keramaian yang diadakan di Padang , sebuah kota yang mempunyai cara hidup yang berbeza dengan dusun.


Dalam hal ini, demi ingin melepaskan rindu untuk bertemu jejaka idaman, Zainuddin, Hayati rela mengorbankan busana muslimahnya dan termakan ugut oleh sahabatnya (kalau boleh saya katakana sahabat) Khadijah untuk memakai pakaian yang terdedah yang sekiranya Hayati enggan, maka Hayati tidak akan dibawa ke pesta keramaian yang membawa kepada implikasi tidak dapat bertemu dengan Zainuddin. Kerana cinta Hayati pada Zainuddin, Hayati gagal dalam menuruti perintah Tuhan dalam hal ini.
FPRIVATE "TYPE=PICT;ALT="

Ketika dua insan yang berkasih ini bertemu, Zainuddin terkejut atas penampilan ‘kurang sopan’ Hayati. Cinta Zainuddin pada Hayati tidak menghalang Zainuddin untuk mengutus ‘ surat bantahan’ kepada Hayati atas penampilannya yang jelas membelakangi perintah Allah. Perbuatan Zainuddin ini pada saya adalah antara kaedah Hamka untuk memberikan contoh cinta yang suci iaitu cintakan manusia kerana Allah. Teguran Zainuddin pada Hayati bukanlah bertujuan untuk menghina, tetapi adalah manifestasi cinta Zainuddin pada Hayati yang ingin menjaga kekasihnya baik dalam hal kebajikan dunia dan akhirat. Selain itu, persoalan kebenaran itu terletak pada isi dan bukan pengucapnya juga turut ditampilkan dalam novel ini. Hal ini ditunjukkan oleh watak Muluk, sahabat Zainuddin, seorang perewa ataupun tukang judi yang memberikan ‘tazkirah’ yang paling berkesan kepada Zainuddin tentang perjuangan hidup yang masih luas sekalipun kekasihnya Hayati telah berkahwin dengan Aziz.


Sekalipun Zainuddin yang pernah mengaji di pondok, beliau tidak ego dengan mengenepikan nasihat Muluk semata-mata kerana beliau kaki judi. Bahkan kata-kata Muluk-lah yang memberikan beliau suatu titik perubahan dalam hidupnya yang akhirnya membawa beliau kepada kejayaan dalam memberikan cinta pada umat secara amnya. Mungkin juga Hamka ingin menyampaikan mesej terutamanya kepada golongan pendakwah, janganlah sekali-kali meremehkan sesiapa sahaja sekalipun seseorang itu mungkin seorang penjudi atau pelaku maksiat. Sikap rendah diri Zainuddin kepada Muluk, akhirnya menginsafkan Muluk daripada melakukan perlakuan judi dan sudi menjadi sahabat setia Zainuddin dalam perjuangan penulisannya.

Label:

posted by Admin @ 11:32:00 PG   0 comments
Penulis Kelahiran DBP menerusi bengkel cerpen 2006
*Sila lihat catatan (di bawah nama saya) senarai kemunculan cerpen baru di media arus perdana oleh penulis yang sama.
Penulis kelahiran DBP menerusi bengkel cerpen 2006

BAHAGIAN A.


Dari Zon Tengah:
** MM = Mingguan Malaysia, BM = Berita Minggu TC = Tunas Cipta UMM = Utusan Melayu Mingguan

1. Khairunnasriah Abdul Salam Sehijau Bakau Seteguh Cinta disiarkan MM pada 25/06/06
2. Shadiya Abbas Namuus disiarkan MM pada 16/07/06
3. Nur Afiqah Abu Samah Hujan Pada Musim Kering disiarkan TC Julai 06
4. Wan Nor Azriq Wan Mokhtar Terowong Diri disiarkan TC September 2006
5. Mohd Ali Atan * Cahaya Ogos disiarkan MM 03/09/2006
6. Siti Aminah Mat (Tie Camar) * Bila Kakak Balik disiarkan BM 12/12/06
7. Normala Abdul Rahman Hadiah Kelahiran disiarkan di TC Disember 2006
8. Shahru Zanah Bunan Perginya Seorang Teman disiarkan di TC Disember 2006
9. W.B Rendra * Cenggeng Bumi Cikura disiarkan BM pada 07/01/07
10. Zamri Abdul Hamid Genta Perjuangan disiarkan TC Januari 2007
11. Sarah Syahirah Shaharuddin Mawar Di Perkuburan disiarkan TC Januari 2007
12. Norazimah Zakaria Begitu Jadinya disiarkan TC Februari 07
13. Nik Mohd. Shukran Othman Kebenaran 1915 disiarkan BM 5 Ogos 2007
14. Noor Azree Mohd.Hanifiah Skizofrenia disiarkan TC Oktober 2007

Dari Zon Utara
1. Ang Chin Huat Mitos Takat Tiga disiarkan TC Okober 2006
2. Nassury Ibrahim Kerana Senyum disiarkan BM 17/06/07

Dari Zon Timur:
1. Sharifah Aisiah Di Lorong Suram Itu disiarkan TC November 2006
2. Normah Abdullah Di Sini Bersemi disiarkan TC November 2006
3. Mohd. Hadafihassiz W. Hassan Fajar Cinta Di Remang Senja disiarkan TC Disember 2006
4. Ridzuan A Kadir Ekspresi Air Sunyi disiarkan TC Januari 2007
6. Abd Razak Ismail (Siti Puspa) Menunggu Kereta Api Hat Yai disiarkan MM pada 01/04/07
7. Azmi Ibrahim Uncle Sam disiarkan MM pada 16/03/2008


Dari Zon Sarawak:
1. Dr Norrihah Takuan (Nazadnaz) Kelambu disiarkan majalah WANITA Nov 2006
2. Ardi Saait Menunggu Ibu disiarkan UMM 13/11/06
3. Mohd. Ali Salim Pelayaran Awang Rengas pemenang sagu hati cerita bersiri remaja/dewasa karyanet DBP 07
Dari Zon Selatan:
1. Abdul Rauf Baharuddin Sebutir Wahyu Sekeping Akal disiarkan TC September 2007

Pembimbing
Zaharah Nawawi

BAHAGIAN B
Catatan: Senarai cerpen yang disiarkan untuk kali kedua dan seterusnya oleh penulis yang mengikuti bengkel cerpen DBP 2006

1. WB Rendra: Titip Tinta Versi Strawberi pemenang sagu hati pertandingan cerpen sempena 50 tahun DBP (2006).
2. Mohd Ali Atan: Menunggu Tren Terakhir di TC Mac 2007
3. Siti Aminah Mat (Tie Camar): Kemek Muslimah Oktober 2006
4. Normah Abdullah : Roda Kehidupan TC April 2007
5. Mohd. Hadafihassiz W. Hassan: Kijang Jati Kijang Kencana disiarkan TC Feb. 2007.
6. Siti Aminah Mat (Tie Camar): Kalendar Baru Abang disiarkan MM 15 April 2007
7. Siti Aminah Mat (Tie Camar): Kekasih, Bawaku Pulang URTV 1-15 Mei 2007.
8. Siti Aminah Mat (Tie Camar): Sesuci Hati Emak Sinar Rohani (JAKIM) Jan-Feb 07
9. Dr Norrihah Takuan (Nazadnaz): Badi UMM 07/05/07
10. Siti Aminah Mat (Tie Camar): Kerlipan Bintang Pada Malam Suram Pelita Bahasa Mei 2007
11. Ardi Saait :Sompoton pemenang ketiga pertandingan cerpen Hari Guru peringkat negeri Sarawak 2007.
12. Ardi Saait: Anak Dataran pemenang sagu hati pertandingan cerpen Hari Guru peringkat negeri Sarawak 2007
13. Mohd Ali Atan: Sekuntum Melayu di Taman Ibunda Berita Minggu 10 Jun 2007
14. Khairunnasriah Abdul Salam Sehijau Bakau Seteguh Cinta Pemenang Utama Hadiah Sastera Utusan-Exxonmobil 2006
15. Mohd. Ali Atan Cahaya Ogos Pemenang sagu hati Hadias Sastera Utusan-Exxonmobil 2006
16. Siti Aminah Mat (Tie Camar) 80 Sen Untuk Mike WANITA Julai 2007
17. W. B. Rendra Sejambak lavender dan stanza cinta UMM 09/07/07
18. Wan Nor Azriq Wan Mokhtar Mencari Pintu Harapan URTV 15 -31 Julai 2007
19. Siti Aminah Mat (Tie Camar) Sup Bola Ikan TC Julai 2007
20 W. B. Rendra Marshmallow Strawberi dan Tesaurus Cinta Pemenang genre cerpen Hadiah Sastera Darul Ta’zim V1 (Ogos 2007)
21. Mohammad Ali Atan Orang-Orang Berjuang MM 5 Ogos 2007
22. W.B Rendra Seusai Lima Dasawarsa MM 12 Ogos 2007
23. Khairunnasriah Abdul Salam Selamat Kembali Nurul Merdeka MM 19/08/07
24. Siti Aminah Mat (Tie Camar) Belukar Seratus Ekar Dewan Budaya Okt. 2007
25. Nassury Ibrahim Gurkha disiarkan MM 18/11/07
27. Khairunnasriah Abdul Salam Banglo Kolonial di Lot 152 MM 2 Dis. 07
28. Zamri Abdul Hamid Diari Kasih TC Januari 2008
29. Siti Puspa (Abdul Razak Ismail) Jelmaan Rawana MM 20 Januari 2008
30. Norazimah Zakaria Bakal Menantu Abah WANITA Febuari 2008
31. W. B Rendra [L]agenda Setelah Setengah Windu MM 27 Januari 2008
32. Nassury Ibrahim Pak Mat Ditangkap Polisi BM 2 Mac 2008
33. W. B Rendra Ketika Kirmizi Senja Bermanja BM 9 Mac 2008

Label:

posted by Admin @ 11:30:00 PG   0 comments
Siapa Sasterawan Negara ke-10?
Oleh Salbiah Ani
(petikan dari Berita Harian)

Berita Anugerah Sastera Negara sepi dan penantian tidak menampakkan akan tamat meskipun sudah empat tahun berlalu.

SELEPAS empat tahun Prof Dr Syed Othman Syed Omar atau S Othman Kelantan dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN) pada 2003, Anugerah Sastera Negara (ASN) yang menjadi idaman sebahagian besar pengarang kreatif negara ini terus menyepi.

Lompang masa itu seolah-olah memberi gambaran bahawa negara ini kekurangan calon yang layak untuk dipertimbangkan atau mungkinkah ia berpunca daripada imbuhan kewangan yang dinaikkan ke RM60,000 berbanding RM30,000 sebelum ini.

Jika kewangan alasannya seperti dibisikkan pihak tertentu kepada Sastera, sungguh perkara ini tidak dapat diterima akal kerana Mantan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, sudah mengumumkan kenaikan imbuhan itu pada 18 Februari 2004 atas alasan menggalakkan perkembangan sastera.

Pengumuman terbabit dibuat selepas S Othman Kelantan selaku SN ke-9 menerimanya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, pada majlis penyampaian bertarikh 12 Januari 2004.

Peningkatan imbuhan itu juga menjadikan lebih ramai sasterawan mengintai dan mengidam untuk dinobatkan sebagai SN di samping semakin resah apabila tiada iklan dilihat bagi pencalonan tokoh sehingga kini, meskipun ada yang nakal memaklumkan seorang pengarang mencalonkan diri sendiri

Label:

posted by Admin @ 11:27:00 PG   0 comments
Lagi yang terjadi bila yang haram tidak dipedulikan...
2008/03/13









Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin, DVM UPM di dalam tulisannya.

Walaupun telah disemak oleh Prof. Dr. Rasedee Abdullah, Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia masih tidak menjawab isu dan persoalan yang sebenar.

Umat Islam marah bukan soal pegang, mengendali, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan oleh pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.

Sekalipun terpaksa memegang anjing dan babi, tidak mampukah pihak universiti berkenaan menyediakan sarung tangan untuk dipakai oleh pelajar Islam tersebut?

Sekiranya gambar pelajar Islam itu dalam keadaan sedang membuat eksperimen di makmal, melakukan kajian saintifik atau sesi kuliah dalam bidang yang berkaitan memang tiada apa-apa masalah pada gambar tersebut.

Jangan kata hendak pegang anjing atau babi, jika perlu mereka memegang atau membelek-belek kemaluan pensyarah mereka sendiri pun tiada siapa yang peduli,
asalkan gambar tersebut dalam situasi sesi kajian sampel-sampel, rawatan atau penyelidikan menurut kurikulum Doktor Perubatan Veterinar.

Malangnya gambar-gambar tersebut tidak begitu. Apa yang umat Islam lihat adalah gambaran sebuah 'kasih-sayang' yang terlampau.

Ini satu bentuk penghinaan terhadap pelajar Islam secara terang-terangan dan seolah-olah terancang.

Hanya pensyarah yang mempunyai niat jahat sahaja yang sanggup melihat pelajarnya beraksi sedemikian.

Apakah ini juga salah satu bentuk 'deraan' oleh pelajar senior selepas episod di Kem latihan tentera udara, penjara Abu Gharib atau sekolah-sekolah berasrama penuh sebelum ini!?

Umat Islam Melayu khususnya - dulu, kini dan selamanya ?mengajar anak-anak mereka jijik terhadap anjing dan babi kerana nilai yang diwarisi daripada ibu bapa ini adalah satu kaedah pendidikan untuk memahamkan mereka bahawa anjing dan babi itu hukumnya najis berat dan haram dimakan.

Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk di Malaysia difahamkan bahawa orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana Islam telah menetapkan hukumnya begitu. Maka orang kafir perlu menghormati umat Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap jijik kita terhadap binatang najis itu.

Lagipun, amalan bagi masyarakat Melayu jangan kata hendak memegang babi, menyebut namanya pun sudah menjijikkan.

Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Arak haram maka apa-apa yang terlibat dengannya turut haram.

Anjing dan babi najis berat serta haram dimakan maka apa yang datang dari keduanya atau keturunannya tetap najis dan haram untuk dimakan. Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan mengikut adab yang diajar oleh Islam.
Pensyarah tersebut juga berhujah, ini hanya soal taharah bukannya soal haram dipegang atau haram dipelihara.

Hukum fikah menetapkan anjing dan babi itu najis mughallazah atau najis berat.

Baiklah jika soal taharah, najis sederhana seperti tahi pensyarah atau tahi pelajar itu sendiri, mahukah pelajar tersebut bergambar dan berposing sambil memegang tahi
mereka alasan sebagai menerangkan kepada umat Islam bahawa umat Islam boleh menyentuh tahi?

Apa pula yang boleh kita katakan jika pelajar itu bergambar bangga di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri.

Bolehkah kita tersenyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test?

Cukupkah berpandangan bahawa tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja bukan najis berat atau sesuatu yang haram disentuh.

Mana letaknya akhlak dan adab serta budaya sopan kita selama ini?

Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar-pelajar Islam yang bertudung bergambar dengan penuh ceria dan bangga di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sekadar membuat kajian atau lawatan sambil belajar?

Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis-gadis Islam bertudung menari, berjoget dan bernyanyi bersama lelaki di atas pentas atau gadis-gadis bertudung yang turut berpelukan dan berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira menyaksikan artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan dalam program maksiat.

Adakah ini senario yang ingin kita jadikan budaya setelah 50 tahun kita merdeka?

Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa yang akan menafikannya.

Tetapi soal bagaimana kita melayaninya telah diajar oleh Islam.

Syaitan adalah ciptaan Allah tetapi ia dilayan dengan laknat.

Manusia ciptaan Allah juga dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya.

Haiwan ciptaan Allah turut dilayan mengikut kegunaannya.

Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan kita sekalipun sekiranya berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa masih ada batasnya.

Belajarlah sehingga PhD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik apalah nilai ilmu setinggi itu.

Percayalah jika pemikiran dangkal sebegini berlarutan, orang kafir akan menganggap tiada apa-apa larangan kepada orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis mughallazah ini.

Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah itu dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing.

Ini kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang KURANG diAJARi oleh guru mereka.

Ustaz Muhammad

Label:

posted by Admin @ 2:15:00 PTG   0 comments
Harga Buku Menjadi 'Kambing Hitam'?
Oleh Azman Ismail
(utusan online)

SALAH satu ciri negara maju adalah jumlah penerbitan yang mereka miliki. Jepun, negara yang musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua misalnya berusaha memulihkan dirinya dengan menerbitkan buku sebanyak mungkin dan dijual semurah mungkin.

Buku-buku dari luar negeri juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Objektif utama tindakan tersebut adalah untuk memastikan rakyat negara itu membaca dan memperoleh ilmu-ilmu baru tanpa had.

Setiap rakyat negara itu berpeluang untuk membaca buku apa sahaja. Kesan daripada tindakan dan kebijaksanaan tersebut, Jepun muncul sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan dan akhirnya mampu menandingi keupayaan Barat.

Oleh pemikir, Francis Fukuyama dalam bukunya Trust: The Social Virtues and the Creation of Prosperity, kejayaan masyarakat Jepun termasuk dalam perniagaan dikaitkan dengan budaya membaca mereka. Kini penerbitan buku di Jepun menjadi suatu industri yang memberi pulangan besar. Malah, penerbit-penerbit asing turut berlumba-lumba menerbit karya-karya sama ada fiksyen atau nonfiksyen oleh pengarang negara Matahari Terbit tersebut.

Namun, kedudukan itu jauh berbeza dengan dengan perkembangannya di Malaysia. Buku masih dianggap bukan keperluan berbanding dengan hiburan dan barangan lain.
Sebahagian masyarakat Malaysia belum memahami apa itu buku dalam erti sesungguhnya. Sedangkan secara fungsional, ia dapat didefinisikan sebagai suatu kumpulan bentuk komunikasi grafik yang cukup berkesan untuk pembinaan peradaban.

"Masyarakat kita berada dalam suatu fenomena yang ‘unik’ jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Jepun apabila mereka tidak meletakkan ilmu pengetahuan sebagai tempat tertinggi jika dibandingkan dengan bidang-bidang lain.

"Mungkin di Malaysia buku berada ditempat ketiga selepas barangan mewah dan hiburan lain.

Alasan klasik yang sering diberikan ialah harganya yang terlalu tinggi (sama ada buku terbitan tempatan atau import) dan tidak mampu dibeli," kata peminat buku, Jaafar Abdul Rahim.

Ironinya, beliau berkata, harga buku masih jauh lebih rendah berbanding barangan mewah atau kos yang diperlukan untuk hiburan yang mampu dibeli oleh masyarakat Malaysia hari ini. Namun, segelintir masyarakat tetap menjadikan harga buku sebagai alasan mereka tidak suka membaca. Jaafar berkata, sudah menjadi kewajaran jika buku-buku ilmiah dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun ia masih terjangkau oleh sebahagian besar masyarakat negara ini.

Apa yang menjadi persoalan di Malaysia sekarang ialah harga buku telah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh golongan berkenaan sedang pada masa yang sama mereka sanggup menghabiskan wang untuk hiburan atau membeli barangan berjenama.

"Orang kita mungkin bukan malas membaca tetapi kurang membaca dan belum sedar sepenuhnya erti pentingnya ilmu pengetahuan yang bakal diperoleh daripada buku-buku atau bahan bacaan tersebut.

"Kalau kita sekadar membaca karya-karya atau tulisan picisan, tidak mungkin kita dapat idea besar. Hanya buku yang benar-benar bermutu sahaja mampu melontarkan idealisme yang hebat," tambahnya.

Di sisi lain beliau melihat rakyat negara ini mempunyai kuasa beli yang kukuh. Cuma buku bukan keutamaan seperti yang wujud di negara-negara maju seperti Jepun atau Amerika Syarikat.

"Cukup pelik jika ada kelompok masyarakat kita yang mampu bercuti di luar negara atau menonton perlumbaan Formula 1 dengan tiket mencecah ribuan ringgit tetapi tidak mampu membeli buku yang harganya tidak sampai RM100," ujarnya.

Sementara itu, Jaafar berkata, masyarakat perlu didedahkan dengan pendekatan- pendekatan baru dalam pembacaan supaya proses membaca menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Antaranya, pihak yang bertanggungjawab perlu melaksanakan kursus membaca pantas (speed reading course) untuk membolehkan pembaca memahami isi sesebuah buku dalam tempoh yang singkat.

Begitu juga dengan Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (Pena), Syed Mohamad Zakir Syed Othman (SM Zakir) melihat harga buku hanyalah ‘kambing hitam’ oleh sebahagian masyarakat di negara ini. Katanya, harga buku yang terlalu tinggi digunakan sebagai alasan kenapa masyarakat di negara ini kurang membaca atau dengan kata lain faktor harga tersebut menjejaskan minat masyarakat.

Sedangkan beliau berkata, masyarakat di negara ini masih belum terbuka secara keseluruhan kepada budaya keilmuan. Mereka cenderung meletakkan budaya membaca sebagai sesuatu yang tidak penting.

"Saya melihat fenomena masyarakat Malaysia hari ini sangat membimbangkan. Apa lagi ketika hedonisme televisyen dan hiburan bertapak dengan kukuh. Ada yang sanggup menghabiskan wang untuk terlibat dalam realiti TV.

"Mahu atau tidak, kerajaan perlu `memaksa’ dalam konteks menggalakkan masyarakat untuk membaca misalnya mengecualikan cukai kerana ini salah satu daripada proses untuk membentuk budaya membaca," katanya.

Katanya, hedonisme televisyen dan hiburan tersebut telah mewujudkan satu persepsi budaya baru iaitu masyarakat yang suka berhibur, tidak mementingkan ilmu pengetahuan dan tidak mahu membaca," katanya.

Oleh itu, SM Zakir berkata, peranan kerajaan untuk mewujudkan struktur dasar pembacaan khususnya mengurangkan harga buku dan pengecualian cukai sangat penting.
Beliau berkata, jika fenomena tidak suka membaca dan enggan mendekati pengetahuan berterusan, ia akan memberi impak yang sangat besar kepada peradaban bangsa Malaysia.

"Menstruktur kembali dasar pembacaan sangat penting sama seperti tindakan kerajaan menstrukturkan ekonomi. Kedua-duanya sama penting.

"Dasar pembacaan misalnya terlalu penting untuk mengukuhkan modal insan. Jika kita melahirkan tenaga yang tidak berpengetahuan, bayangkan apa yang terjadi kepada masa depan negara ini," tambah beliau.

Berdasarkan pandangan Jaafar dan SM Zakir tersebut, kita sesekali perlu kembali kepada sejarah. Tradisi keilmuan Melayu telah berusia lebih 600 tahun dan jauh lebih lama berbanding dengan perkembangannya di negara-negara maju.

Namun, benarkah begitu? Seperti kata Jaafar dan SM Zakir, masyarakat Malaysia hari ini tidak gemar membaca dan enggan mendekati ilmu dan salah satu ‘kambing hitam’ adalah harga buku yang dikatakan tinggi.

Hasilnya, tradisi keilmuan Melayu yang digali oleh tokoh-tokoh Kerajaan Islam Aceh, Kesultanan Melaka dan lain-lain itu seolah-olah hampir menemui noktahnya!

Label:

posted by Admin @ 2:11:00 PTG   0 comments
Taman Kreatif Karyawan 2008
2008/03/12
SABTU, 23 Februari – Program pertama Akademi Karyawan Mansurah (AKAR) iaitu Taman Kreatif Karyawan 2008 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubis Jadid, Mansurah.

Program yang bermula kira-kira jam 9 pagi ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis selepas pendaftaran peserta. Buat pertama kalinya Timbalan Pengarah AKAR yang juga merupakan salah seorang penulis menjadi Pengerusi Majlis. Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan Pengarah AKAR, Ustaz Amir Hamzah Kamil dan ucapan perasmian Taman Kreatif Karyawan 2008. Nampaknya gimik pelancaran program menjadi apabila perasmi iaitu Naib Pengerusi merangkap Unit Perancang, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah, Ustaz Ahmad Azruddin Mat Ali dan para hadirin kagum melihat lampu hiasan memancarkan cahaya berwarna-warni di papan kenyataan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP). Untuk itu, pihak AKAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Setiausaha Kerja yang bertungkus-lumus menyiapkan pengisian untuk acara perasmian.

Selepas perasmian, moderator untuk pembentangan cerpen iaitu Ustaz Mohd Zaki M. Noor dan Ustazah Siti Khadijah Abd Ghaffar atau lebih dikenali dalam dunia penulisan Mesir sebagai Sammaituha Najwa mengambil tempat masing-masing. Para peserta nyata berpuas hati dengan penerangan mereka berdua yang merupakan mantan peserta Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 6-8 Ogos tahun lalu di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur.

Jam 10.20 pagi, para peserta menikmati jamuan minum pagi. Ramai yang memuji keenakan hidangan pada pagi tersebut iaitu kek pisang dan donat, amat berbeza sekali dengan kebanyakan program di DPJA yang pada kebiasaannya hanya menyajikan roti sebagai hidangan minum pagi.

Kira-kira jam 10.45 pagi, program disambung semula sebelum berhenti rehat untuk menunaikan solat zuhur dan makan tengah hari pada jam 12.15 tengah hari iaitu pembengkelan karya yang telah dihantar peserta. Kali ini hanya dua buah cerpen dihantar iaitu “Perjalanan Yang Tiada Noktahnya” oleh Tuan Siti Nazifah Tuan Long dan “Kasih Itu Milikku” oleh Suhairati Jaafar. Kedua-dua mereka masih baru dalam arena penulisan, namun masing-masing memiliki bakat tersendiri yang boleh diketengahkan.

Jam 1.15 tengah hari, aktiviti ketiga iaitu pembentangan dan pembengkelan puisi bermula. Memandangkan moderator ketiga iaitu Ustaz Syafiq Zulakifli yang juga merupakan Setiausaha Agung PMRAM tidak dapat memenuhi undangan AKAR untuk membimbing para peserta, Ustaz Mohd Zaki telah menggantikan tempat beliau. Disebabkan masa yang diambil agak lama, beberapa orang peserta kelihatan terlalu ‘khusyuk’ sehingga memaksa moderator menukar manhaj pembentangan yang sebelumnya seperti komunikasi sehala menjadi sebaliknya apabila beliau meminta para peserta mencuba menghasilkan serangkap puisi. Rata-rata peserta memiliki bakat terpendam. Mudah-mudahan selepas ini semakin banyak karya ahli AKAR mendapat tempat di media sekitar Mesir khususnya dan di tanah air amnya, insya-Allah.

Majlis bersurai sekitar jam 4 petang. Sebelum berakhir, Pengerusi DPMM iai

Label:

posted by Admin @ 5:49:00 PTG   0 comments
Lara Budaya Bangsa Kita
Bahasa Melayu dalam iklan 1
Oleh Salbiah Ani

TULISAN penulis, Pilihan raya vs kesalahan bahasa, dalam ruang pojok bertarikh 21 Februari mendapatmaklum balas daripada beberapa orang yang prihatin dengan penggunaan bahasa Melayu di media massa.

Satu daripada maklum balas yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca ialah pandangan seorang pengarangwanita, meskipun enggan mendedahkan identiti dirinya, tetapi diketahui kebimbangannya bukan kepalang berhubung situasi penggunaan bahasa Melayu ketika ini.Kebimbangannya itu berasas memandangkan beliaumengaitkan penggunaan bahasa Melayu dengan akhlakbangsa terbabit mahupun Malaysia memandangkan ia wahana yang menunjukkan bangsa seperti kata pepatahMelayu.

Selain itu, wanita ini bimbang kerana pengaruh iklan yang begitu kuat kepada masyarakat apalagi kalangan generasi muda Malaysia sehingga mereka ada kalanya keliru kerana sesetengah yang menjadi larangan dalam keluarga, tetapi diguna pakai dalam iklan.

Antara iklan dalam kategori ini ialah mi segera dariPulau Pinang yang memaparkan watak Melayu dengan penampilan lelaki berpelajaran dan isteri mahupun anak bersopan, tetapi malangnya si ayah yang terlalu kemaruk dengan keenakan makanan terbabit mengangkat mangkuk ke mulut.“Iklan begitu besar pengaruhnya kepada masyarakatapalagi jika di televisyen. Ia akan menjadi ikutan ramai sehingga menyusahkan ibu bapa yang mahu menerap nilai murni dalam diri anak mereka,” katanya.

Iklan kedua, menunjukkan kehebatan rangkaian telefon gergasi telekomunikasi negara yang menawarkan kadar bayaran murah dengan paparan ahli keluarga pelbagai bangsa, semuanya berbual sambil makan di meja hidangandengan telefon genggam di telinga masing-masing.“Iklan ini bercanggah dengan nilai timur khususnyaMelayu Islam yang melarang bercakap sambil makan. Apabila saya melarang cucu daripada berbuat demikian kerana lari daripada nilai akhlak mulia, mereka berhujah dengan saya iklan di televisyen memaparkan perkara terbabit,” katanya.

Teguran wanita ini ada benarnya kerana sejak mutakhir ini, semakin banyak syarikat iklan yang berusaha menarik minat penonton dengan berusaha memaparkan kelainan sehingga lupa mereka menentang nilai masyarakat timur.

Sesetengah pembaca pasti masih ingat iklan tiga remaja lelaki mewakili bangsa utama di Malaysia bermain bola di atas meja makan sehingga bola yang ditendang terkena kipas sebelum hampir mengenai seorang nenek.“Di manakah adab ketiga-tiga remaja lelaki yangmewakili bangsa utama di Malaysia sehingga sanggup bermain di atas meja makan dan berasa tidak apa-apa, meskipun selepas bola yang ditendang hampir mengenai si nenek,” ujar pemanggil.

Ada juga iklan yang menanam nilai mencuri sebagai bukan suatu kesalahan seperti dapat dilihat lewat iklan seorang pelajar lelaki mencuri coklat rakannya ketika duduk bersebelahan dalam bas sekolah kerana dilihat terlalu sedap.

Sedih mendengar keluhan pemanggil ini berhubung nilaiadab yang semakin longgar dan diperlecehkan agensi pengiklanan dalam usaha merebut perhatian khalayak bagi menjamin akaun pelanggan terus berada dalam genggaman.Demi keuntungan material, semakin banyak iklan tuala wanita yang menampilkan mereka tidak malu membuatpengakuan terbuka ketika didatangi haid dan semakinbanyak skirt melayang ala Maryln Monroe menjadi ikutan.

“Nilai wanita timur semakin tercemar dengan iklan sedemikian kerana sehingga hari ini, tidak ada wanitayang mahu kedatangan haid mereka ketahuan dan akan mengelak menjawabnya sekalipun jika ditebak betul olehrakan lelaki sepejabat,” keluhnya.

Pemanggil ini juga bimbang apabila melihat perlumbaan pengeluar lampin pakai buang sehingga ada yang sanggup menampilkan iklan dengan punggung menjadi fokus bagi membuktikan daya serapan tinggi produk masing-masing.“Saingan antara pengeluar lampin pakai buang janganlah sampai melanggar adab iaitu menunjukkan bahagian punggung yang dibogelkan kerana saya bimbang suatu hari nanti mereka beralih pula ke bahagian sulit bayi,” ujarnya.

Sepatah kata pemanggil, tidak bimbangkah pengeluar lampin pakai buang dengan kes rogol tanpa mengira usiadan jantina yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini atau mereka tidak peduli kerana bukan ahli keluarga sendiri ditimpa musibah itu.

Label:

posted by Admin @ 5:43:00 PTG   0 comments
Cuma 15 minit?

JUMAAT, Mac 2007- Tugasan pertama sebagai karyawan. Kami diminta oleh veteran AKAR, Kak Norizan Abd Wahab untuk menghasilkan karya pertama dalam hanya 15 minit sahaja. Ya, 15 minit sahaja yang diperuntukkan untuk membuat artikel, puisi atau cerpen. Kami telah membuktikannya. Anda tidak percaya?

Kak Norizan telah meletakkan sebuah telefon bimbit NOKIA di hadapan kami sebagai bahan ujikaji untuk sesi brainstorming kami. Berikut adalah beberapa karya yang telah beliau senaraikan mendapat gred A dan layak dimasukkan ke Majalah Tinta AKAR yang tidak pernah kami lihat bagaimana rupanya.
Dan inilah hasilnya…

Artikel 1

Kelebihan dan Keburukan Handphone
Oleh NUR HEDAYAH AZAD DIN

Telefon mudah alih (handphone) merupakan satu alat perhubungan dan telekomunikasi yang amat penting dalam menuju era globalisasi dan modenisasi. Antara lain yang dianggap penting, handphone juga dgunakan sebagai alat yang boleh menyimpan pelbagai memori dan data-data yang dianggap penting bagi setiap individu. Pelbagai jenama dan rekabentuk boleh didapati dengan harga yang berpatutan bagi memenuhi citarasa, kehendak dan keinginan individu. Walaupun handphone mempunyai pelbagai kelebihan dan kepentingan, terdapat di sana juga keburukan seandainya disalah gunakan. Sebagai contoh, handphone amat sensitive sekiranya tidak dijaga dengan sempurna. Selain itu juga...

Artikel 2

Handset (telefon bimbit)
Oleh NURUL HUDA MOHD HASSIM

Pada alaf baru ini, telefon bimbit merupakan salah satu alat komunikasi yang kian digunakan di segenap lapisan masyarakat. Tidak kira dari golongan atasan mahupun bawahan. Ianya mempunyai banyak kebaikan dan keburukannya. Negara-negara besar dunia seperti Amerika Syarikat, Korea, Jepun banyak mengeluarkan model-model telefon bimbit, antaranya Nokia, Samsung, Sony dan berbagai-bagai lagi.
Kecanggihan alat telekomunikasi ini dari setahun ke setahun semakin banyak perubahannya dan ketara sekali. Ia mampu menghubungkan dari satu negara ke negara yang lain dalam masa yang singkat dan cepat.

Cerpen

Cerpen tidak bertajuk
Oleh SITI NURAIN MOHD RAZI

Beep..beep..handset kuning itu menjerit membawa kenangan silam, “Akum Imah, pekabar? Igt lagi pada Izan?” naluriku tersentak. Sangkaanku mesej ‘Please Call Me’ yang bertandang, meleset. Tuntas, ingatan pada sahabat lama yang kian dilupakan kembali memugar. Farizan, sahabat perjuangan di alam persekolahan dulu kini semakin asing nama itu ku rasakan. Ketika lima tahun dahulu, kami ibarat isi dan kuku, tapi ikatan ukhuwah ini kian terlerai dek kerana seorang makhluk yang bergelar Adam. Namun semua itu akan kubiarkan menjadi kenangan hitam dalam lipatan sejarah ukhuwah kami dan handset kuning itulah yang menjadi saksi.
Beep..beep..handset kuning itu menjerit lagi. “Imah, moga ukhuwah ini kekal untuk selamanya, salam sayang dr ku, Izan.” Bibir ku mengukir senyum. Nyatanya, mendung takkan selamanya membawa hujan. Hari ini, sinar keceriaan memancar girang. Kini aku dan Izan kembali akrab. Walau jauh beribu batu, handset kuning itulah penghubung kami...

Puisi ini dilabelkan Kak Norizan sebagai 'A' - untuk Majalah Tinta

Kau Telefon Bimbitku
Oleh NURUL LAILATI MAHAT

Sejak aku mengenalimu
Aku tak bisa melupakanmu
Setiap detik
Setiap waktu
Kau sentiasa bersamaku
Tanpamu diriku resah
Semangatku jadi goyah
dan bila kehilanganmu kusedari
Aku jadi menggelabah.

Kau sering memecahkan kesunyian malam
Dengan dendangan lagumu yang mengasyikkan
Dan bila dirimu kupaksa agar diam
Kau mengkhayalkanku dengan getaran tubuhmu
Yang memekakkan.

Kau milikku yang satu
Saban hari
Saban waktu
Kupandang tanpa jemu.
Tak ingin kumelupakanmu
Kecuali ketika diriku sedang berbicara
Dengan Tuhan Penciptaku.
Kerana dirimu begitu berharga
Buat mereka yang memilikinya
Kan kujaga dirimu sepanjang hayatku
Kumanfaatkan demi keredaan-Nya.

Kau telefon bimbitku
Kuning ceria bergaris kelabu
Itu warnamu…

Lagi puisi

Kerana Dia
Oleh FADHLINA YUSOFF

Antara DIA dan aku…
Keterikatannya terlalu utuh
Deringanmu menarikku, hubungan terlalu hampir.
Sanggup ku tinggalkan segalanya kerana dia.
Tangan pantas menekan, mata tertumpu tajam.
Di skrin nun...hanya mesej...untuk insan yang disayangi, keluarga, teman, si dia dan sahabat seperjuangan...
yang pasti kata-kata ku mesti sampai pada mereka yang ku sayangi.
Namun kerana dia juga aku tersungkur
Terlalai dari Yang Maha Esa.
Kerana Dia juga aku lupa kepada DIA yang lebih utama.
Sehinggakan aku lupa siapakah yang perlu aku utamakan dia atau DIA (ALLAH)
Bila dia berbunyi...mataku tak terlepas pandang
Ku pastikan dia sentiasa di sisiku
Namun inilah kelemahan ku, meletakkan dia lebih dari segalanya,
lupa...bahawa dia hanyalah alat yang mungkin suatu hari nanti akan musnah.
Tetapi DIA (ALLAH) kekal selamanya...
Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu ini, kerana dia
Yang bernama handset, aku lupa pada-Mu...
Kerana dia...aku lara...lalai...
Lupa segala tanggungjawab sebagai khalifatullah.
Selaku hamba-Mu...
Ampunkan hamba-Mu ini, insan yang lemah...
Lagi daif...

Telefon Bimbit
Oleh SYAZWANA HAMZAH

Telefon merupakan suatu alat telekomunikasi yang disediakan untuk kemudahan pengguna pada masa kini. Malah kemudahan itu semakin maju dan dicipta telefon bimbit sejak dahulu. Kini terdapat ramai pengguna yang mampu memliki telefon bimbit, malah golongan remaja sudah mempunyainya. Perkara seperti ini mempunyai kebaikan mahupun keburukan terhadap remaja-remaja dan pelajar-pelajar sekolah. Antaranya penyalahgunaan telefon pada waktu sekolah, atau di asrama. Perkara begini akan mengganggu pelajaran pelajar-pelajar.

Artikel tidak bertajuk
Oleh NORAZIDA MD DAUD

Telefon bimbit satu nama yang tidak asing lagi sebagai alat telekomunikasi dalam era kemodenan pada masa kini. Ianya bukan hanya digunapakai oleh golongan atasan malah pelajar sekolah rendah pun ada yang sudah memilikinya. Pada masa sekarang telefon bimbit bukan sahaja dianggap kehendak tetapi sudah dianggap sebagai keperluan kepada setiap individu ntuk melengkapkan kehidupan yang serba mencabar ini.

Cerpen tidak bertajuk
Oleh SITI REDHAINNUR IDRUS

Aku merenungnya, sambil menerawang, Ah, aku tak sanggup kalau ia menjerit lagi...! Tatkala itu juga...”Angkat telefon, angkat telefon..angkat, angkat telefon, kalau tak angkat, kalau tak angkat...aku panggil Taliban...”suara Apek menjerit, memanggil. Tertera di skrin...’Mama’. Payah untukku menerangkan keadaan sebenar dengan mama. Mama tentu tidak faham. Dan mungkin pelbagai tanggapan dan respon yang kurang enak mampir di cuping telingaku...ku biarkan telefon kuning itu menjerit dan terus menjerit...tidak kuasa untukku mendengar bebelan mama. Bagiku ini bukanlah masa yang sesuai untukku jelaskan pada mama.

Aku membelek borang itu, memeriksa mana yang belum ku isi, mana yang belum ku lengkapi dan sempurnakan. Ternyata, aku amat berpuas hati dengan apa yang telah aku putuskan. Bagi aku, mama tak perlu membuat apa-apa keputusan untuk menentukan jalan hidupku. Cukuplah, 2 tahun yang telah aku lewati ini sangat menekan, penuh keterpaksaan.

“Mama, berapa kali Hani nak cakap dengan mama, Hani tak minat bidang ni...Hani masuk sekolah ni dulu pun sebab mama. Tapi sekarang ni Hani dah tak sanggup nak tipu diri Hani dan diri mama sendiri, Hani tak mampu dan tak boleh belajar dalam keadaan terpaksa.”

Telefon Bimbit Kecil
Oleh SAKINAH JAAFAR

Merenung telefon bimbit ini, mengingatkan kepada insan yang amat istimewa. Insan yang sentiasa berada di belakang ku, menyokong setiap apa yang ku lakukan. Walaupun hanya sebuah telefon bimbit kecil, namun nilainya bagiku melebihi seutas rantai berlian. Telefon bimbit kecil ini merupakan hadiah ulangtahun kelahiran ku ke-19, sebelum berangkat ke bumi anbiya ini.

Impian Kalbu
Oleh NOOR ROSEMAWATI MUSTAPHA

“Emak, ada wang saku lebih untuk saya?”

“Bukankah emak dah bagi?”

“Tapi...”

Aku membungkamkan mukaku ke atas katil. Gelora melanda jiwa. Keinginan yang tak dapat ditahan lagi. Menggasak jiwa dan naluriku sebagai pengguna yang bertauliah, mungkin. Gambaran yang mesra dan igauan yang menyeksakan jiwa.

Aku melangkahkan kaki semula, kembali ke tempat yang menjadi perhatianku. Memandang dari jauh. Membetulkan cermin mataku yang semakin pudar, dikotori habuk barangkali. Mindaku memikirkan langkah yang perlu aku pinda bagi memiliki pujaan hati. Aku tidak dapat berfikir jauh, apatah lagi berfikiran dekat. Aku sendri tidak tahu mengapa perasaan begini menginjak-injak debaran hati.

Tanpa berfikir panjang atau pendek barangkali, aku terus ke rumah sahabatku yang paling hampir denganku. Dia memiliki segala-galanya. Rumah besar, kereta besar, dan segala-galanya yang besar. Ah aku tidak peduli lagi. Adakah tindakan aku ini betul atau salah.

“Tuk ! Tuk !”

“Assalamualaikum”

“Kreak”

“Waalaikumussalam”

Aku bersyukur kerana jawapan salam yang kuharapkan berbalas dengan segera. Aku dijemput masuk. Bagai istana lagaknya rumah yang sedang kujejaki kini, bersalahan dengan rumahku yang terlalu sederhana. Ah! Aku sepatutnya lebih bersyukur kerana mempunyai rumah daripada mereka yang langsung tidak bernasib baik.

“Kenapa kau datang ni?”

“Sebenarnya aku ada hajat”

“Aku dah agak pun, apa dia?”

“Aku tengah kemaruk”

“Aik, kemaruk dengan siapa pulak ni?”
“Dengan alat perhubungan”

“Lain benar bunyinya”

“Engkau pun tahu, kan? Aku terlalu fakir, dan sekarang aku teringin memiliki handset.”

Label:

posted by Admin @ 5:36:00 PTG   0 comments
Bila yang haram bermaharajalela...
Melaka Bandar Khinzir?
Oleh ZAHARAH NAWAWI

AMAT mengejutkan, apabila sebuah negeri terkecil di Malaysia iaitu Melaka, dicemari 150,000 ekor khinzir di satu kawasan melibatkan perkampungan orang Melayu yang semestinya beragama Islam di Sungai Linggi Melaka. Angka 150,000 ekor ini ialah pada bulan Julai 2007. mungkin dalam beberapa tahun lagi statistik itu bakal mencecah entah berapa ribu ekor.

Julai 2007, khinzir dilaporkan masuk masjid. Mati di depan dan belakang masjid. Apabila angkanya naik dalam tempoh setahun dua lagi tidak mustahil kota bersejarah akan jadi sarang dan ladang babi membiak. Pihak atasan memandang saja dengan senyum manis dan hati yang rela; kerana takut hubungan politik terjejas. Pada waktu itu jangan marah jika Melaka Bandar Raya Bersejarah dilabel Melaka Bandar Raya Khinzir.

Menonton laporan Karam Singh Walia, dalam siaran berita TV3 berturut-turut selama empat lima hari pada minggu ketiga Julai 2007, paling mengejutkan apabila dikatakan penduduk setempat sudah mengadu kepada semua pihak bermula wakil rakyat sehingga pihak atasan Ketua Menteri dan Perdana Menteri namun tiada tindakan diambil. Suara arahan waima orang paling berkuasa di negara ini dan di Melaka sendiri bagaikan tidak pernah ada.

Seperti biasa TV3 tempat terakhir penduduk mengadu dan meminta pembelaan. Karam Singh Walia dihantar menemui semua pihak bukan sekadar mendapat penjelasan dan merakamkan gambar sebagai bukti, malah turut mendapatkan jawapan positif dan tindakan yang memihak kepada usaha pembersihan.

Dalam jawapan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, kepada pertanyaan Karam Singh Walia rasanya terjawablah kata-kata beberapa pihak sebelum ini bahawa kewujudan ladang 150,000 ekor khinzir yang mencemari alam sekitar, Sungai Linggi dan beberapa sungai berhampiran itu ‘ada pihak atasan yang jadi pelindungnya.’ Sebab itulah semua aduan dinafikan begitu saja.

Ini adalah petikan jawapan Ketua Menteri Melaka semasa diwawancara Karam Singh Walia.

1. Ladang ternakan babi itu tidak dapat kebenaran (tiada permit).
2. Kita tidak boleh bat apa-apa sebab takut timbul masalah politik.
3. Kita tidak boleh tutup terus, tapi boleh kurangkan dari 150,000 ekor jadi 45,000 ekor.

Waduh, waduh, waduh hebatnya kuasa politik penternak babi di Melaka. Tanpa
kebenaran mana-mana pihak pun ladangnya tidak boleh diusik. Mencemarkan alam sebegtu dahsyat pun kewujudan ladang itu masih direstui. Berbanding jika orang Melayu membela ayam itik atau kucing beberapa ekor biarpun tidak mencemar bau asal ada aduan penguat kuasa majlis bandaran akan segera datang memberi amaran. Jika ada aduan kedua, saman akan dikeluarkan. Aduan ketiga, kucing dan ayam itik akan ditangkap dan dimusnahkan.

Setakat yang kita tahu tiada siapa pun dapat mengatasi undang-undang Majlis Tempatan atau Majlis Bandaran untuk beroperasi atau membina bangunan tanpa permit. Tetapi di Melaka, pengusaha ladang ternakan babi dapat keistimewaan itu. Ketua pun tidak berani mengambil tindakan, betapa pula pegawai bawahan lainnya?

Bertuahnya penternak babi di Melaka. Dapat perlindungan istimewa biarpun ladang itu telah 30 tahun beroperasi tanpa permit dan menghidang bau busuk serta membuat pencemaran teruk sekali gus menjejaskan usaha pelancongan, perniagaan, kehidupan penduduk serta kesihatan pelajar, semuanya itu berlaku atas nama hubungan politik.

Kata bijak pandai, setiap satu ada harganya. Harga yang dapat diraih Melaka setelah bertindak menang sorak kampung tergadai ini mengikut ramalan Suara Kencana: Kemungkinan Melaka Bandar Raya Bersejarah jadi Melaka Bandar Raya Khinzir. Atau sekurang-kurangnya memparkatakan tentang Melaka Bandar Raya Bersejarah akan dimasukkan dalam catatan sejarah negeri kecil paling banyak membela babi sehingga boleh tidur baring dan beranak cucu dalam masjid di kota pelancongan yang masyhur itu, dan najis mengalir ke Sungai Melaka yang gah dengan pembangunan.

Kini bagi menyelamatkan Melak daripada menjadi kota babi, Menteri Alam Sekitar Datuk Azmi Khalid akan membawa ke mesyuarat Kabinet. Kita amat berdoa kabinet tidak boleh dibeli dengan duit khinzir. Semoga kabinet tidak akan menggadai maruah negara, agama, alam sekitar, kehidupan, kebersihan, harapan penduduk setempat dan tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada penternak babi tanpa permit.

Jika orang lain melanggar syarat membina bangunan dan mengusahakan ladang ternakan tanpa permit segera diambil tindakan kenapa pengusaha ternakan babi di Linggi Melaka dikecualikan? Apakah tindakan sesetengah pihak boleh disiasat BPR atas salah laku, bersekongkol dengan penternak babi yang tidak mempunyai permit atau dikategorikan menyalah guna kuasa?

Jikalau hari ini penternak babi boleh memberi tekanan kepada peneraju Melaka merestui usaha haram mereka atas nama kepentingan politik, tidak mustahil selepas ini tindakan lebih bernai seperti Belanda minta tanah, berulang.

Satu cara lain yang mungkin kurang enak didengar (maaf) – barangkali sudah tiba masanya Melaka diterajui muka baru yang tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan yang ternyata melanggar undang-undang seperti penternak babi di Linggi. Peneraju boleh datang dan pergi. Melaka hanya satu. Semoga Allah lindungi Melaka.

Label:

posted by Admin @ 5:06:00 PTG   0 comments
Suatu Ketika Dahulu...

Sinai Gurun Terbiar

Oleh IRENE BEESON

(dipetik dari Mastika 1986)

Dalam bulan Februari 1967, jurutera-jurutera Mesir telah dapat menyiapkan peringkat pertama sebuah projek pengairan untuk mengalirkan Sungai Nil ke Semenanjung Sinai.

Projek raksaksa yang dijangka siap dalam tahun 1975 itu melibatkan kerja-kerja menebusguna kawasan seluas 80,000 ekar untuk dijadikan kawasan pertania, dan akan diari oleh Nil menerusi sebatang terusan yang dibina di tebing barat Terusan Suez.

Dalam peringkat pertama projek itu, seluas 20,000 ekar tanah telah ditebusguna dari sebuah kawasan di Tasik Mur.

Apabila saya melawat kawasan itu dalam bulan Disember 1966, beberapa orang jurutera dari Pertubuhan Pemulihan Kawasan Gurun Mesir dengan bangga telah membawa saya melihat hasil dari titik peluh mereka selama ini – pokok-pokok jagung yang subur menghijau di sana sini di samping tapak-tapak semaian yang disediakan untuk tanaman-tanaman yang hasil biji benihnya didapati dari biji.

Menurut mereka, sejumlah lebih kurang 8 juta anak pokok diperlukan sebaga penghalang dan pelindung kepada kawasan tanaman itu daripada ribut pasir dan hakisan.

Semasa di Sinai itu, jeep kami tela meneroka ke segenap ceruk kawasan tanah gurun yang ditebusguna itu dengan melalui jalan raya yang baru, rangkaian-rangkaian terusan dan kerja-kerja mendirikan tapak bina perkampungan untuk orang-orang yang tidak mempunyai tanah.

Apabila siap nanti, setiap keluarga yang dipindahkan ke kawasan perkampungan itu akan diberi sebuah rumah dan lima ekar tanah.

Adalah ditafsirkan sekurang-kurangnya 17,000 keluarga akan mendapat faedah dari projek yang sedang dijalankan apabila ianya siap kelak. Sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Badwi Sinai.

Bagaimanapun, projek itu akan memberi faedah kepada Semenanjung Sinai pada keseluruhannya dari segi meramaikan bilangan tenaga pekerja Sinai yang akan menyediakan bekalan tenaga manusia kepada usaha meneroka kekayaan bahan-bahan galian di semenanjung itu, dan juga dapat memajukan lagi keadaan ekonomi dan sosial penduduk-penduduknya.

Sejak zaman-berzaman, Sinai telah memainkan peranan penting kepada Mesir, sebagai benteng pertahanan dari serangan-serangan musuh di Timur, sebagai jalan perdagangan yang penting dan sebagai punca bahan-bahan galian.

Orang-orang Mesir, sejak dari 2780 sebelum Masehi lagi telah datang mencari dan menggali bahan-bahan galian di situ dengan membawa bersama mereka perdagangan, kebudayaan, agama dan peperangan, terutamanya di negeri-negeri sebelah timur Semenanjung Sinai.

Pendapat tentang Sinai sebagai ‘tanah gurun yang tidak memberi hasil’ yang dikeluarkan oleh pihak Israel dan penyoong-penyokongnya sudah tidak laku lagi sebagaimana kata-kata mereka dahulu bahawa Palestin hanyalah sebuah ‘gurun’ dan negeri ‘tanpa penghuni’.

Tetapi Sinai sebenarnya adalah sebuah bumi yang kaya dengan bahan-bahan galian yang masih tersembunyi, tetapi tidak mendapat perhatian dari Mesir ketika negeri itu sedang dalam pemerintahan kuasa asing. Dalam masa beberapa tahun sahaja sejak ianya benar-benar bebas dari cengkaman kuasa luar – dari 1957 hingga 1967 – Mesir telah memainkan peranan peranan yang besar dalam memajukan kawasan itu.

Di bawah Perjanjian Gencatan Senjata pada tahun 1949, yang diikuti dengan penubuhan Negara Israel, Semenanjung Gaza telah diletakkan di bawah pentadbiran negara Mesir.

‘Semenanjung itu ialah sebidang tanah pantai Palestin yang bertemu dengan bumi Sinai di Rafah, sebuah bandar yang menjadi sempadan antara Mesir dengan Sinai.

Di bawah pentadbiran negara Mesirlah, Semenanjung Gaza dapat berkembang dengan pesatnya, terutama di pusat-pusat bandar seperti Rafah dan El ‘Arish di utara Sinai. Dan projek menebusguna kawasan yang dijalankan itu kini telah memperluaskan lagi kawasan pertanian di sekitar bandar-bandar itu.

El Arish, sebuah bandar pasar yang kaya dengan pokok-pokok kipas dan pantai-pantai pasir yang indah, telah menjadi sebuah pusat membeli-belah dan tempat pelancongan yang terkenal. Sejak dahulu lagi, bandar ini terkenal dengan pokok-pokok kurmanya, sehingga memaksa Jeneral Mosye Dayan menulis dalam Buku Hariannya Mengenai Kempen di Sinai semasa serangan Israel yang pertama ke atas kawasan itu dalam tahun 1956:

“Hutan-hutan kurma El Arish ini membujur beberapa batu ke barat, meliputi sebuah kawasan tanah yang membujur di sepanjang pantai...” Samada di Dataran Araba berdekatan dengan Laut Mati atau di Lembah Beth She’an, atau juga di pantai-pantai Laut Gallilee, belum pernah saya melihat ladang-ladang kurma yang buahnya sebegini sedap dan bermutu.’”

Hari ini buah-buah kurma itu telah dieksport oleh Israel dalam bungkusan-bungkusan yang bertulis ‘Kurma El-Arish, ISRAEL’.

Semenanjung Gaza ini yang pernah juga disebut-sebut sebagai ‘kawasan gurun yang meleset’ telah juga menarik perhatian Dayan yang dalam buku hariannya menyatakan bahawa sudah tercatit dalam kepercayaan turun-temurun bahawa orang-orang Israel hanya akan mendapat hak ‘tanah gurun’ sahaja dari Arab.

Tentang Semenanjung Sinai, Dayan menulis: “Kawasan di kedua-dua belah jalan raya telah ditanami dengan pesatnya...tiada seinci pun dari tanah-tanah itu dibiar terdedah begitu sahaja. Adalah perlu untuk mengimport lebih kurang 300,000 buah-buahan dari Gaza ke Eropah menerusi Pelabuhan Haifa.’

Gaza juga terkenal dengan buah tembikainya yang besar dan manis. Sebanyak 5000 tan telah dieksport tiap-tiap tahun.

Selepas revolusi tahun 1952, Sinai adalah salah sebuah kawasan yang termasuk dalam senarai kawasan-kawasan yang akan diberi keutamaan dalam projek-projek kerajaan.

Di bawah Rancangan Lima Tahun Yang Pertama- Tahun 1960-1965 – rancangan menebusguna tanah telah dijalankan di kawasan-kawasan yang terdapat air.

Dalam masa tiga tahun pertama rancangan itu, sebanyak 6200 ekar telah ditebusguna di Wadi El Arish, Ain Moussa dan Rafah dengan menggunakan perigi artisan.

Sementara seluas 2900 ekar lagi telah ditebusguna dengan menggunakan air dari parit-parit yang telah digali. Kawasan ini kemudian ditanami dengan pokok buah-buahan.

Di El Arish, seramai 192 keluarga pengembara telah ditempatkan di ‘Kampung Nasser’. Tiap-tiap keluarga diberi sebidang tanah seluas antara 3 hingga 5 ekar, sebuah rumah dan perkhidmatan perubatan dan sosial percuma.

Untuk menjadikan diri mereka petani-petani yang berjaya, keluarga-keluarga itu telah diberi benih-benih tanaman dengan bayaran yang sederhana, projek ternakan lembu dan ayam telah diadakan, dan sebuah klinik haiwan juga telah didirikan untuk memberi rawatan percuma kepada ternakan-ternakn mereka itu.

Sejenis bijirin yang boleh mengeluarkan minyak telah menjadi tanaman yang penting di kawasan itu. Perikanan di Tasik Bardaweel di utara Sinai, di Telukan Suez dan Aqaba adalah antara kegiatan-kegiatan yang dijalankan untuk menambah pendapatan penduduk.

Satu penyelidikan rapi telah dijalankan untuk menentukan samada bahan-bahan air dan galian di Sinai mengizinkan pembinaan perusahaan menggalinya. Hasilnya amat menggalakkan sekali kerana Sinai memang amat kaya dengan galian-galian seperti minyak, fosfat, arang batu, bijih besi, timah hitam, batu kawi, tanah bolong dan sebagainya.

Minyak mula dijumpai di Sinai dalam tahun 1921. pengeluaran secara terhad telah dimulakan dalam tahun 1945, tetapi hanya selepas tahun 1957, barulah kawasan minyak Sinai benar-benar diusahakan.

Sehingga tahun 1963, Sinai mengeluarkan 3.4 juta tan minyak setahun dan jumlah ini meningkat ke 5 juta tan dalam tahun 1966, iaitu lebih kurang dua pertiga dari jumlah pengeluaran Mesir.

Jumlah pengeluaran ini memang boleh ditambah lagi, tetapi sengaja tidak dibuat begitu untuk menjimatkan pembekalannya.

Hari ini, Israel yang tidak mempunyai kawasan minyak telah menggali sebanyak enam juta tan minyak Sinai yang dapat mengatasi jumlah keperluan minyak dalam negaranya.

Bahan-bahan galian, arang, tanah liat, gypsum dan minyak adalah di antara bahan-bahan eksport Sinai sebelum perang meletus dalam tahun 1967. Yang lain-lainnya digunakan oleh perusahaan-perusahaan Mesir.

Projek-projek dan kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah bertujuan untuk membaiki taraf hidup dan keadaan sosial penduduk-penduduk Sinai, bukan untuk menambah bilangan penduduk dengan memindahkan orang-orang Mesir ke situ kerana ia adalah lebih merbahaya dari segi kedudukan sosial, ekonomi dan politik kawasan itu sendiri.

Untuk mencapai tujuan itu, menebusguna tanah secara besar-besaran adalah jawapan kepada masalah kekurangan air di Sinai. Projek pengairan untuk membawa air Nil ke Sinai itu bukan sahaja akan mempercepatkan penempatan di kawasan itu, tetapi juga dapat menutupi jurang ‘terpisahnya’ Mesir dari Sinai selama ini.

Menukarkan bumi Sinai ke wajah segar bukanlah suatu perkara mustahil. Tenaga dan jumlah wang yang bertahun-tahun dicurahkan untuk Sinai merasa air manis dari Sungai Nil telah berjaya di peringkat awal projeknya. Benih sudah disemai, anak-anak pokok mula tumbuh subur, cuma hasilnya sahaja yang ditunggu.

Tetapi hasil yang ditunggu itu rupanya tidak datang-datang. Perang meletus pada 5 Jun 1967 dan Sinai jatuh ke tangan Israel.

Dalam masa lima hari sahaja, seramai 25000 tentera Mesir terbunuh dan cedera, Rafah dan El Arish telah musnah dan lebih kurang satu perempat dari penduduk Utara Sinai melarikan diri ke Mesir.

Apabila gencatan senjata diisyhtiharkan, Sinai sudah bertukar wajah. Sunyi di sana-sini. Tiada lagi aliran air manis Nil yang mengalir ke Sinai. Yang ada Cuma tiupan angin dengan pasir-pasir yang tidak putus-putus melanda bumi yang subur dahulu. Demikianlah bala yang dibawa oleh Israel ke Sinai.

Apabila saya melawat bahagian utara Sinai dalam bulan Mac 1970, ‘pelancong-pelancong’ yang ditemui di sepanjang jalan dari Gaza ke El Arish hanyalah kumpulan askar Israel yang sedang dalam perjalanan menuju ke Terusan Suez.

Di kedua-dua belah jalan itu berselerak dengan alat-alat perang Mesir yang dahulu, yang sengaja dibiarkan oleh pihak Israel untuk dijadikan batu tanda serangan Israel di bumi Mesir.

El Arish telah menjadi bandar berhantu. Jalan raya-jalan raya dan tempat-tempat yang dahulunya sibuk dan riuh-rendah dengan seribu ragam manusia dan kenderaan kini lengang dan sepi. Kedai-kedai ditutup, yang ada cuma menjalankan perniagaan barang-barang keperluan hari-hari.

Arafah juga telah mati dan kawasan sekitarnya juga bertambah gersang. Perigi-perigi yang dahulunya digunakan sebagai punca pengairan di kawasan itu kini telah digunakan oleh askar-askar Israel untuk keperluan mereka sendiri. Hakisan angin dan pasir tidak putus-putus merosakkan kawasan yang sudah lima belas tahun diusahakan untuk menyuburkannya.

Tetapi dua orang jurutera pertanian Mesir masih lagi menunggu di kawasan itu, sekali sekala berlawan dengan pihak Israel untuk menyelamatkan kawasan itu dari kembali menjadi gurun.

Bagi orang-orang Mesir, menentang ribut pasir dan menebusguna tanah merupakan ‘peperangan’ yang tidak putus dihadapi mereka sejak dari awal lagi bila manusia mula-mula menetap di Lembah Nil.
Perjuangan yang beribu-ribu tahun dijalankan oleh nenek moyang mereka itulah merupakan warisan yang dipegang kuat oleh penduduk Mesir sekarang, dan mereka sanggup menghadapi sebarang rintangan dalam menebusguna tanah-tanah gurun itu.

‘Orang-orang Israel akan keluar dari bumi ini juga walau dengan apa cara sekalipun’, begitu besar sekali harapan dan kepercayaan penduduk Gaza, Arafah dan El Arish.

Apabila Israel keluar, orang-orang Mesir akan menyambung kembali kerja-kerja mereka yang terbengkalai sejak dulu – merobohkan himpunan-himpunan pasir yang menutupi kawasan itu, mengorek parit-parit dan terusan-terusan baru dan membuat apa sahaja supaya bumi Sinai akan dilimpahi rahmat dari Sungai Nil.
posted by Admin @ 5:05:00 PTG   0 comments
Contohi Keazaman Faisal
Faisal Berdakwah Menerusi Novel
Pemenang tiga anugerah utama DBP banyak ketengah isu babitkan ummah

Oleh HASLIZA HASSAN
(Dari kolum Agama di akhbar Berita Minggu, Khamis 4 Oktober 2007)

K
ATA-KATA Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, supaya pelajarnya jangan semua menjadi ustaz atau ustazah bukan menafikan kepentingan tugas guru agama, tetapi sebagai cabaran supaya Islam dapat dikembangkan dalam bidang lain.

Itulah dirasakan penulis karya sastera Islam, Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali dengan nama Faisal Tehrani, yang menganggap kata-kata gurunya sebagai cabaran kerana pandangan umum untuk menyebarkan Islam ialah seseorang perlu berada dalam aliran Islam juga.

“Kini saya faham kenapa beliau berharap supaya kami pelajarnya tidak semua menjadi ustaz dan ustazah sahaja. Malah, saya bersyukur kerana ramai juga rakan yang tidak berada dalam aliran agama, tetapi masih boleh mengembangkan syiar Islam,” katanya.

Justeru katanya, daripada bidang syariah politik, beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam jurusan sastera di Universiti Sains Malaysia (USM) dan kini bergiat sepenuh masa sebagai pengarang yang cenderung menghasilkan karya sastera Islam.

Sebenarnya menurut anak kelahiran Kuala Lumpur ini, minat menghasilkan penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah, tetapi semangat untuk menghasilkan karya lebih rancak selepas mengikuti program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bermula dengan Cinta Hari-hari Rusuhan pada 2000, kini beliau sudah menghasilkan 12
novel dan sembilan daripadanya mengandungi unsur Islam yang jelas seperti 1515,
Angin Madinah, Bila Tuhan Berbicara, Tuhan Manusia dan Nama Beta Sultan Alauddin.

Di sebalik tajuk novel yang agak berani itu, pemenang tiga anugerah utama
Hadiah Sayembara Mengarang Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang
Berlangsung Februari lalu, banyak mengetengahkan isu ummah.

Faisal berkata, kebanyakan isu diketengahkan adalah konflik atau dilema yang
sedang melanda masyarakat Islam di negara ini, juga peristiwa berlaku di luar negara
yang sewajarnya menjadi perhatian.

Novel Tuhan Manusia contohnya, mengisahkan seorang remaja yang berhadapan
dengan dilema apabila abangnya mengambil keputusan keluar daripada Islam selain
terpaksa memahami golongan yang dikenali sebagai penggerak Islam Liberal.

Katanya, isu murtad menimbulkan soal bagai reaksi dalam masyarakat dan
hasratnya mengangkat persoalan itu bertujuan memberi penjelasan dan menyedarkan
pembaca supaya mereka tahu bagaimana hendak berhadapan realiti kehidupan masa kini.

Begitu juga novel Bila Tuhan Berbicara yang diilhamkan daripada episod dalam
Surah al-Kahfi mengenai pemuda yang terperangkap dalam gua, tetapi dikisahkan dalam
Bentuk futuristik dalam perbincangan separuh ringan.

“Ia kisah tiga watak berbeza, tetapi terpaksa menerima satu sama lain dalam
usaha mereka mengatasi masalah dihadapi. Mesej dalam kisah mereka ialah bagaimana
berhadapan dengan cabaran dan membina semula tamadun yang hilang.

“Umumnya, ia mengisahkan hari kebangkitan, tetapi saya mudahkan dengan
kisah kerana itulah pendekatan saya. Penyampaian novel sastera Islam tidak sama dengan
membaca khutbah, tetapi yang membaca akan dapat mesej hendak disampaikan,”
katanya.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sederhana, Faisal sentiasa terbuka
kepada kritikan, tetapi katanya, biarlah kritikan itu berasas dan bertujuan untuk
meningkatkan kemampuan dirinya menghasilkan karya lebih bagus.

Pernah katanya, karya beliau terpengaruh dengan karya tulisan Barat dan ini
Menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pembaca setia novelnya hingga mendorong
mereka meluahkan ketidakselesaan itu dan mengembalikannya ke landasan yang betul.

Baginya, keprihatinan pembaca membuktikan mereka dapat menerima gaya
penulisan serta cara beliau membicarakan sesuatu isu dan segala teguran diterima banyak
membantunya memahami kehendak peminat karya sastera Islam.

Lebih membuatkan beliau teruja ialah hasil karangannya bukan saja dibaca
peminat novel Melayu daripada pelbagai latar belakang, tetapi turut mendapat tempat di
hati peminat bukan Melayu.

Malah, hatinya terus berbunga gembira kerana kisah dipaparkan beliau berjaya
meninggalkan kesan kepada pembaca novel hingga ada yang melahirkan hasrat berjihad
selepas membaca kisah peperangan membabitkan Palestin dalam novel 1511 Combat.

“Saya juga sebenarnya tidak percaya mereka akan terkesan dengan kisah daripada
novel karangan saya tetapi itulah yang berlaku. Pada pesta buku lalu, ada pembaca wanita
datang kepada saya beritahu selepas membaca 1511 Combat, dia rasa macam hendak
pergi berjihad di Palestin.

“Saya sebenarnya menggigil masa dia datang nak minta autograf sebab pakaian
dia memang seksi, nampak pusat dan BCG. Tetapi apabila dia berkata begitu, saya fikir,
sekurang-kurangnya saya berjaya menimbulkan rasa prihatin dia terhadap nasib saudara
di Palestin sana.

“Begitu juga apabila ada pelajar sekolah berbangsa Cina yang datang hendak beli
novel, saya beritahu ini novel mengenai Islam. Saya ingat dia tak beli, tetapi emak dia
kata, tidak mengapa sebab mereka tahu kerana mereka sudah ada novel saya sebelum
ini,” katanya.

Faisal berkata, beliau bersyukur kerana usahanya menimbulkan kesedaran
mengenai pembangunan umat Islam melalui karya sastera mendapat reaksi positif
daripada peminat novel yang rajin menghantar emel serta menyampaikan mesej dalam
laman blog miliknya.

Katanya, beliau percaya hasil karya baik dari sudut penulisan kreatif lirik lagu
atau skrip drama, jika dimuatkan dengan nilai berunsur ketuhanan dan mengajak kepada
kebaikan akan membawa kesan positif.

Sebagai pengarang yang turut bertanggungjawab menggalas misi
mengembangkan syiar agama, beliau memang meletakkan harapan tinggi supaya mesej
disampaikan dapat membawa perubahan dalam hidup pembaca.

Bagaimanapun, beliau sedar tidak ada apa yang boleh dilakukan jika usaha
menyampaikan mesej baik itu tidak diterima pihak lain.

“Memang harapan saya besar. Ketika Adibah Noor, menyanyikan lagu Kau
Teristimewa, harapan dia tidak akan ada lagi kes adik Nurul Huda, tetapi baru-baru ini
Kita dikejutkan dengan tragedi menimpa adik Nurin Jazlin Jazimin.

“Saya mencuba, tetapi saya tidak dapat atasi jika perkara yang tidak kita ingini
terus berlaku. Secara peribadi, karya sastera Islam tidak bertanggungjawab untuk
mengubah, tetapi ada terselit harapan untuk melihat berlaku perubahan,” katanya.

Beliau berkata, pengarang sepertinya dan yang sealiran dengannya mengambil
peranan mengangkat masalah ummah melalui kemahiran dianugerahkan sebagai
tanggungjawab menyampaikan walaupun satu ayat seperti disunnahkan Rasulullah SAW.

Justeru katanya, kepada mereka yang berminat menghasilkan karya sastera Islam
Supaya menampilkan identiti serta cara olahan tersendiri dan mengambil isu umah yang
belum diketengahkan supaya ilmu akan terus bercambah.
posted by Admin @ 4:59:00 PTG   0 comments
AKAR


AKAR
Akademi ini merupakan salah sebuah unit khas di bawah Unit Penerangan & Penerbitan (UPP),
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Ditubuhkan untuk memberi pendedahan
dalam bidang penulisan kreatif dan non-kreatif,
lukisan karikatur, kewartawanan dan aplikasi multimedia
sebagai wadah dakwah Islamiah.
Keahlian terbuka kepada semua ahli DPMM yang berminat.
Sertai kami hari ini !


Previous Post
Archives
Free Palestin
Links










Download
© 2005 Akademi Karyawan Mansurah Template by Isnaini Dot Com